Wednesday, December 26, 2012

# adalah HashTag

Sori la...aku x minat ber-twitter
i want to control myself to post benda2 yg spatutnya ja

i know myself...
klu aku ada twitter dh lama aku luah perasaan aku kt situ
maki2, yg negatif2, semua keluaq
i dont want it happen
itu pown i can't control myself on fb
n u can see it on my fb wall right?
byk post yg syok sendiri
itu pown bnyk yg aku tapis

aku pernah baca kt blog say 0...ada satu post tu, abg say 0 pernah pesan kt dia control apa yg di-publish...sebab salah satu kesan nya its show our weaknesses (fark!!! aku fed-up cari link post tu). nk salahkan laman sosial x ble gak, coz baik buruk terletak pada diri kita sendiri...betol x?

isu kt fb tu aku stopkan, takut makin mudarat...
then klu sapa nk privatekan twitter itu hak hgpa
(xtuly mmg bagus pown hgpa privatekan...bukan sbb apa, kn sekarang ada post2 yg sentuh isu sensitif then dan disebarkan dan ianya jd mudarat)
...as conclusion aku respect sangat2 twitterian coz u guys better than me, n u guys know to control ur publishment...

klu sapa marah aku pasal isu twitter ni...never mind
itu hak hgpa...n aku maafkan hgpa,
sbb aku tau hgpa mmg xtau the real me



* adakah aku ada twitter? ngeh3~
* post ini boleh juga diputarbelit by penulis...ngeh3~

Wednesday, October 17, 2012

Muhasabah Cinta


Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku...

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini...





(mv ni nampak lg cool...compare dgn mv official dan mv time persembahan)

Sunday, August 5, 2012

Hikmah rukun solat

Sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.

1. Niat - memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul - Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram - Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur. ...

4. Fatihah - Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ - Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal - Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud - Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud - Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) - Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir - Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi - Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam - Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib - Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.



Wallahua'lam.
(sumber)

Friday, August 3, 2012

Golongan yg Mendapat Doa Malaikat

Percaya kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Berikut antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.


ANTARA ORANG YG MENDAPAT DOA MALAIKAT:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”


3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah
(tidak membiarkan kekosongan di dalam saf)

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”


5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”


6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”

Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”


9. Orang yang membelanjakan harta (infak)

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ “


10. Orang yang sedang makan sahur

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”


11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”



Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Wallahu’alam. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah.

(Sumber: tulahan.blogspot.com)

Saturday, July 28, 2012

Nak Wish Je...

she's asma-rian
she's sasband member
she's trombonist
she's drum major

she's also orchestra conductor
but i like to call her "lipas"
coz of her tux when she conduct the orchestrian
(but she call me "cicak"...cis3~)

dlm kwn2 kitorg yg plg rapat
dia selalu kena buli
xpecialy by atiq da bigboss
(hoho...seronok woo buli dia, ngeh3~)

after spm she futhered study at pasum
then um
and now she was placed at sarawak
(utg la...cik abg x perlu la ke smenanjung lepas ni)

i know dia x baca pown blog ni
coz dia x tau kewujudan blog ni
but this is special post for her
for my ex
for my friend
coz after this i can't to gatal2 kacao her dah...
(congratulation my dear)

wahai dr nur najua bt ahmad zuki
SELAMAT HARI LAHIR cek...
didoakan moga pjg umuq
dilimpahkan rezeki yg halal
berjaya dunia akhirat
good luck always n...

most importantly...FRIEND 4-EVA!!!

Monday, July 16, 2012

Kata Putus

hanya sehingga ketika itu
after that...show must go on
its just have two probablities
good n bad

Wednesday, July 11, 2012

Apa Itu Al-Quran...???

Al-Quran atau Quran (bahasa Arab: القرآن al-Qur'ān) ialah kitab suci bagi umat Islam. Menurut ajaran Islam, al-Quran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Perihal diturunkan Al-Quran mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.

Dalam salah satu ayat yang terdapat di dalam Al-Quran Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Adz-Dzikr (Al-Qur’an), dan Kamilah yang akan menjaganya". (Al-Hijr 15: 9)



LAFAZ AL-QURAN

Lafaz Al-Quran dari segi bahasa adalah bacaan atau himpunan huruf dan kalimah. Ini berdasarkan firman Allah:

Sesungguhnya Kamilah Yang Berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; (Surah Al-Qiyamah, 75: 17-18)

Manakala dari segi istilah pula, al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari Surah Al-Fatihah dan berakhir dengan Surah An-Naas.



NAMA-NAMA AL-QURAN

1. Al-Kitaab (اﻟﻛتاب) bermaksud sebuah kitab, berdasarkan firman Allah:

Alif, Laam, Miim. Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa; (Surah al-Baqarah 2:1-2)

2. Al-Furqaan (ﺍﻟﻔﺮﻗﺎﻥ) bermaksud pemisah hak dan batil, sebagaimana firman Allah:

Maha berkat Tuhan Yang menurunkan al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam. (Surah al-Furqaan 25:1)

3. Adz-Dzikr (اﻟذﻛﺮ) bermaksud peringatan, berdasarkan firman Allah:

Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya. (Surah al-Hijr 15:9)

4. At-Tanzil (ﺍﻟﺘﻨﺰﻳﻞ) bermaksud penurunan. Nama ini diambil sempena firman Allah:

Dan Sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah Yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. (Surah asy-Syuara 26:192)



SIFAT-SIFAT AL-QURAN

1. An-Nuur bermaksud cahaya yang menerangi kegelapan.
Al-Quran disifatkan sebagai nur (cahaya) kerana ia memberikan cahaya keimanan kepada orang yang berada di dalam kegelapan serta kekufuran. Selain itu, al-Quran juga menjadi cahaya yang menerangi jiwa orang yang selalu membacanya dan menghayati isi kandungannya. Firman Allah:

Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) Yang menerangi (segala apa jua Yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan Yang kekal di akhirat kelak). (Surah an-Nisaa' 4:174)

2. Al-Mubiin bermaksud menerangkan sesuatu.
Al-Quran disifatkan sebagai penerang kerana ia menghuraikan ajaran Islam kepada seluruh umat. Firman Allah:

Wahai ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) Dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) Yang telah kamu sembunyikan dari Kitab suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) Yang jelas nyata keterangannya. (Surah al-Maa'idah 5:15)

3. Al-Huda bermaksud petunjuk.
Al-Quran disifatkan sebagai petunjuk kerana ia menunjukkan jalan yang lurus kepada umat manusia. Firman Allah:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman. (Surah Yunus 10:57)

4. Ar-Rahmah bermaksud kerahmatan.
Allah menyifatkan al-Quran sebagai rahmat kerana ia membawa rahmat kepada orang Mukmin yang sentiasa membaca, mempelajari dan mengamalkan isi kandungannya. Firman Allah:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman. (Surah Yunus 10:57)





- sumber -                                                                     - pemanis mulut -

Sunday, July 8, 2012

Mimpi...Bicara Tuhan Penuh Misteri

hari tu...di sana
kali ni...macam tu plak
ke2-2nya berkesinambungan dgn baik

kesimpulannya...
NO MORE??? (dont think so...hmm)





tapi entah kenapa...
bagaikan kena do something
siyesly must do it
but still dont know what it is

namun yg pasti
hanya mampu mencari persoalan di balik persoalan

Monday, July 2, 2012

Teater MAKUM 2012...result: ukm no.2?

Bismillahir Rahmanir Rahim...

Allahumma solli'ala Muhammad S.A.W
Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillallah Allahuakbar



AsSalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh

1st of all, aku nk bg AMARAN KERAS...post ni myb akan sebabkan sesetengah pihak tersinggung, x puas hati, sakit hati kt aku, akan cakap aku ni bajet, atau apa2 ja...lantak ah. Yg penting aku mohon baca smpai habez, plez!!!

Lets get started...Tengok tajuk. Then tengok tarikh post ni, baru 2hb. Padahal result teater makum 8hb. Apatah lg ukm perform 7hb, sabtu. So agak kontroversi kan...???

Meh aku nk crita what is teater MAKUM dulu. Pasal what is MAKUM tu hgpa tengok sendiri ah kt sini. Then teater lak one of the pertandingan yg dianjurkan under MAKUM selain nasyid, tarian, boria, dsb. Details bout Teater MAKUM 2012 klik sini.

Base on list of participants, USM (uni. sains m'sia) dan UMS (uni. m'sia sabah) edisi kali ni x masuk. So top-4 of universities theater group x join. DIULANG...TOP-4!!! Maka (bg aku) berkuranglah sedikit seri Teater MAKUM kali ni.

So apa ketan dgn UKM dpt no. 2 lak? Xtuly UKM pown dlm top-4 tersebut, termasuk UM (uni. malaya). Aku bg contoh mcm ni la. Hari tu Theater ICAF UKM 2012 yg top2 yg join just kdo (dot). Coz top2 yg len like kbh (tekad), ktho (prasada), n kpz x join atas sebab2 yg x dpt dielakkan. So LOGICALLY klu diikutkan kdo mmg dpt laluan mudah la kan nk menang......Back to the basic, cmtu gak la sepatutnya laluan UKM kali ni sepatutnya mudah nk dpt naib johan.

Namun bg aku, disebabkan peluang dh di depan mata, n laluan nk bergelar johan JUST NEED to beat UM ...To be or not to be its depend on u. Sbenarnya satu je harapan aku, aku x nk ada cakap2 belakang kata "UKM dpt naib juara sbb xdak saingan dr USM dgn UMS".

Akhir sekali aku nk mintak maaf andai sapa2 terasa. Mula2 x nk post, tp sbenarnya aku dh terdengar cakap2 belakang itu. (Good Luck korg...aku sentiasa doakan yg terbaik. Bersama2 memajukan industri teater negara)



- Sekian -

Tuesday, June 26, 2012

Ku Biar Kalam Berbicara...



Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi



(lagu ni best woah!!! ble tgkp lentok woah!!!)

Sunday, June 24, 2012

Manusia Tanpa Jiwa (di Babak Terakhir)

Kita diberikan nikmat yg sgt byk
Kita menukar geografi bumi
Kita membina bangunan pencakar langit
Dan kita berasa sgt puas hati...!!!

Kita membeli dan terus membeli
Hinggakan kita tidak berhenti membeli

Kita memberikan sedekah kpd memerlukan
Tetapi kita TIDAK AKAN SESEKALI dpt fahami tangisan jiwa mereka

"Tapi...semua ini adalah utk diri kita sendiri"
Kita hanya berdusta!!!

Kita sentiasa merasa tidak pernah cukup dgn apa yg kita ada
Kita rasakan wang memberikan kita segalanya

Ayahanda dan bonda...kita mencari wang
Hingga  kita leka, kita alpa
mendidik anak kita apa itu maruah
dan apa itu sejarah

Kita menjadi manusia tanpa jiwa
Walau pun gembira...hati ini masih lg kosong dan tidak tenteram
Dan...utk mengisi kekosongan dan mententeramkan jiwa ini
manusia terus beli dan membeli

Ya...mungkin benar
wang, emas, kereta besar, rumah besar, perempuan
mampu utk menenangkan hati kita
mampu utk mententeramkan hati kita
Tapi hakikatnya pula bagaimana?

Inilah masanya utk berubah
Bukalah mata
Jangan sesekali kita tinggalkan perkara yg benar

Dan sekarang...kita tanya diri kita sendiri
Adakah Dia pernah berpuas hati?!!!



#babakterakhir

Wednesday, June 20, 2012

Euro 2012 (knock-out phase)

Bismillahir Rahmanir Rahim...

Allahumma solli'ala Muhammad S.A.W
Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillallah Allahuakbar



AsSalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh

Haiya, my xpectation goes wrong sama sekali maa...Mana x nya, Belanda yg aku bajet menang euro kali ni tersingkir awal plak peringkat kumpulan. Tersingkir tu x kesah, coz depa dok dlm death group. Yg aku kesah semua group game kalah!!! Satu2nya top5 team in the world yg tersingkir!!! Top 5 wei...paham dak top 5?!!!

Apa pown kebajetan aku hanya salah 3/8 ja, atau 37.5%. Kumpulan A totally wrong. Then Kumpulan B yg aku bajet Belanda ble jd naib juara kumpulan B. And its become 50% sebab Belanda kalah semua game.

As the result, here are the fixture for the quarter: (yg aku bold underline tu aku bajet menang base on current performance, game play depa)
1a/2b = Czech vs Portugal
1c/2d = Spain vs France
1b/2a = Greece vs German
1d/2c = England vs Italy



- sekian -

Monday, June 4, 2012

Euro 2012

Bismillahir Rahmanir Rahim...

Allahumma solli'ala Muhammad S.A.W
Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillallah Allahuakbar



AsSalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh

Euro, atau nama melayu Kejuaraan Eropah, dh masuk edisi ke...err...err...ah, lantaklah. Yg penting tahun 2012 ni ada euro. Euro tahun ni bwt kan Poland dgn Ukraine sbg tuan rumah bersama. Bwt dr 8 Jun hgga 1 Julai. (Kt tv tulis 2 julai...sbb tygn kt msia dh masuk hari baru der).

Aku x nk cerita pjg. Kt bawah ni aku bg negara2 yg layak beserta kumpulan2 yg telah diundi. Kt bawah ni gak aku bg xpectation aku.


x x x x x x x x x x x x x x x (GROUP ROUND) x x x x x x x x x x x x x x x


KUMPULAN A: Rusia, Greece, Czech, Poland
juara kumpulan - Rusia
n.juara kumpulan - Czech

KUMPULAN B: Jerman, Belanda, Portugal, Denmark...death group wei!!!
sbb ni death group aku bajet Jerman Belanda layak 4 next round (quarter)
tp aku prefer...
juara - German
n.juara - Belanda

KUMPULAN C: Spain, Itali, Croatia, Ireland
juara - Spain
n.juara - Itali

KUMPULAN D: England, Perancis, Sweeden, Ukraine
juara - England
n.juara - Perancis

* "aku bajet dan YAKIN Spain akan menjuarai kumpulan C, maka lawan di quarter adalah n.juara kumpulan D"...
- maksudnya klu England nk laluan mudah ke final, thats y la kena juara group.

* "aku juga bajet dan YAKIN Spain akan lepas mudah utk quarter, maka lawan di semi adalah pemenang di antara juara A vs n.juara B"
- klu England nk BALAS DENDAM atas apa yg terjadi kt Piala Dunia 2010 yg mana gol England x dikira (yg jelas dh melepasi goal-line kowt...sapa shoot ntah, aku dh x hengat) ketika perlawanan menentang German, German menang 4-1.
- tp still aku rasa England vs German ni, England cannot go. Klu nk go gak kena all out la.
(err...sbenaqnya point yg aku nk cakap kt sini German kena jd juara kumpulan sbb ni ja)

* So that means, klu perlawanan semi England dgn German, so Spain akan menentang Belanda. Dan aku bajet Belanda layak 4 next round (final) klu all out la.
(err...sbenarnya point yg aku nk ckp kt sini, yg betol2 ble celen Spain Belanda ja, German cannot go...thats y Belanda kena n.juara kumpulan B)


x x x x x x x x x x x x x x x (QUARTER ROUND) x x x x x x x x x x x x x x x


so s the bajet result from group round...(yg aku bold & underline tu bajet menang)
1a/2b = Rusia vs Belanda
1c/2d = Spain vs France
1b/2a = Czech vs German
1d/2c = England vs Italy...aku rasa la, coz Italy ni England ble makan


x x x x x x x x x x x x x x x (SEMI ROUND) x x x x x x x x x x x x x x x


so as the bajet result from quarter round...(yg aku bold & underline tu bajet menang)
England vs. German
Spain vs. Belanda


x x x x x x x x x x x x x x x (FINAL ROUND) x x x x x x x x x x x x x x x


German vs. Belanda



JUARA EURO 2012 = BELANDA / NEHTERLANDS / HOLAND

Saturday, June 2, 2012

Di Antara

Bismillahir Rahmanir Rahim...Allahumma solli'ala Muhammad S.A.W... Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillallah Allahuakbar

asSalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh... dan salam sejahtera.

Wah, blog aku ni dh byk sawang lak. adoyai...ok, lets straight to the point!!! Ni pementasan teater yg aku smeth hazal rohani n nazirah aduh sakit2 p tengok. Berikut info rgkas pasal pementasan ni.

tarikh: 29 mei - 1 jun (kami p 1 jun punya, jumaat, last day)
masa: 830 malam
tempat: stor teater dbp
tiket: rm15 (pelajar)
arahan: Nawfal Mohd Zamri (nama glamour = Nawf MZ)
konsep: realis

x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x

Sinopsis
Mengisahkan ttg anak gadis seorg jutawan yg diculik dan dijadikan tebusan oleh 2 org lelaki bertopeng. Dia diikat dan dirakam keadaannya supaya dpt memberi ugutan pd ayah beliau. Jk wang tebusan x diberi pd waktu yg ditetapkan gadis ini akan MATI. (copy paste edit dr pamplet)

Segalanya sudah siap di atur dgn teliti dan berjalan dgn lancar bg sebuah penculikan yg sempurna. Anak gadis seorang jutawan itu menjadi tebusan bg sejumlah harga yg menjanjikan kebahagiaan bg kedua2 penculik ini.

Namun...
Adakah benar ianya sebuah jenayah yg sempurna?
Semakin lama masa berlalu semakin jelas x semua yg berlaku mengikut spt apa yg di rancang. Pelbagai rahsia mula terkupas sehingga membawa ke kemuncak yg tidak dijangka sama sekali.
Dan...adakah benar bahawa wang dpt mengubah seseorang itu?

Pementasan ini melibatkan beberapa aksi lasak dan mengandungi efek2 kesan khas. Penonton dan bimbingan dari Ibu Bapa / Penjaga dinasihatkan. (sumber Di_Antara_fb_event)

x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x

Komen Peribadi
Kebiasaan aku komen pasal elemen2 produksi spt set, props, audio, lighting, costume, make-up, beserta lakonan, dan arahan. Namun kali ini aku lebih berminat utk komen pasal apa yg aku rasa berkenaan keseluruhan cerita.

1st attraction utk aku tengok teater ni sbb ada kesan khas. Kesan khas pd aku mcm kesan khas dlm filem2 yg guna CGI bagai. So soal aku, agak2 kesan khas yg mcm mana yg diguna pakai kalau dalam teater (real live show)? Tambah2 konsep teater yg digunapakai adalah realis. REALIS WEI!!! Bukan sure-realis atau absurd...Adakah pggunaan lighting atau set yg digunapakai yg wujudkan artistik yg tertentu?

Then depa mention bimbingan ibu bapa / penjaga dinasihatkan. So aku bajet mesti la ada unsur2 yg x terlampau yg x sesuai ditonton oleh mereka yg dibawah umur yg mana ibu bapa / penjaga kena bimbing golongan2 ni. Klu dalam filem tu normally biasa la aku dengar. Tp ni dlm teater wei...siyes extra-ordinary pown ada, kagum pown ada, pelik pown ada.

Then start2 ja pementasan, lighting x on lg, lagak 2 pelakon yg memainkan watak penculik dok prepare bilik yg akan menempatkan tebusan just guna lampu suluh. In my mind, ITS NICE IDEA. Itu ok lg. Then bla tebusan dh dibawa masuk, then penculik bukak lampu bilik, aku tergamam...Siyesly aku rasa aku berada dlm blk tu. Seolah2 aku pown dibawa ke dunia dalam bilik itu, dunia penculik dan dunia tebusan. Sampai aku tny kt diri aku, aku ni ada kt stor dbp atau kt rumah penculik tu?...siyes weh.

Then smpai ja part btwn konflik ke klimaks cerita, ada adegan tembak menembak, darah percik bila kena cucuk pisau, meja pecah, kepala kena hentak dgn marmar, dan byk lagi adegan2 x terlampau. Siyes aku dpt rasakan kesakitan kena tembak, kena cucuk pisau darah memercik. Siyes ganas. Sama spt apa yg telah dijanjikan kpd audiens. At the end of the day siyes aku kagum depa dpt pementasan sebegitu rupa.

Walaupown ada gak la lompang yg x ketara dr segi lakonan, jalan cerita n apa2 la yg berkaitan. Namun scr overall byk yg aku belajar drpd pementasan kali ni. Dan apa yg plg penting, aku mgharapkan nazirah aduh sakit2 dpt belajar drpd pementasan ni.



Sekian. AsSalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh...dan salam sejahtera.

Wednesday, April 18, 2012

Tepuk Amai-amai (Eksperimental)...tak siap edit lg woi, aku publish sbb ada org nk baca...

tarikh: 12-15 april (aku p 13hb, jumaat)
masa: 830 malam
tempat: OD muzium negara (ooo...xtau plak kata kt muzium negara ada OD-torium)
tiket: rm10
arahan: Khairunazwan Rodzy

Sebelum aku p ke sinopsis dan komen aku pasai teater ni, elok aku habaq pasai latar belakang la ye...

K, Teater Eksperimental Tepuk Amai2 ni teater drpd bengkel lakonan. Err...maksud aku bwt bengkel lakonan teater dulu, and at the end of the day peserta2 bengkel perform. Got it?

Bengkel lakonan teater ni dipanggil FirstTimeWorkshop: Bengkel Asas Lakon. Organizer dia Revolution Stage, dgn krjsm Jabatan Warisan Negara and Jabatan Muzium Negara. Bengkel ni berlangsung selama sebulan secara PERCUMA (diulang PERCUMA YE!!!). Klu x silap aku bengkel start 20 feb hari tu, dan 10 peserta ja yg terpilih.

Teater yg akan dipentaskan hasil dr bengkel ni dh ditetapkan temanya, iaitu "cita-cita dan impian". Namun apa yg menarik dr teater ni klu x silap aku, plot dan skrip diolah bersama2 dgn peserta bengkel.....So lets enjoy what's the sinopsis and my comment bout this theater.

Sinopsis
Berkisarkan tentang kehidupan zaman persekolahan yang melibatkan watak-watak seperti Pelajar, Guru, Ibu Bapa dan Keluarga. Plotnya bergerak berlandaskan watak para pelajar yang berusaha keras untuk mencapai cita-cita dan impian masing-masing sehingga berjaya. (dipetik dr Revolution-Stage)

Komen Peribadi
1. ARAHAN
Konsep yg digunakan utk teater ni is absurd. So teater konsep absurd ni biasanya sowh audiens berfikir. Tp disebabkan tipikal malaysian sekarang yg nk berfikir, maka pengarah mggarapkan pelbagai elemen mmpelbagaikan watak pelakon, emosi dlm menjadikan teater ni mudah difahami dan x bosan

2. LAKONAN
vokal emosi gesture
plg aku suka they can control their penat

3. MAKE-UP
sesuai & ok la...

4. COSTUME
baju sekolah...they wear so kemas.
I got their meaning sbb utk cemerlang bukan utk org berdisiplin ja

5. PROPS
they just use kerusi...
hope next time they can use kerusi yg stabil skewt, coz ada pelakon yg hampir nk terjatuh dan dia hilang fokus

6. SETS
kosong...namun bertukar gah bila dimasukkan elemen lighting

7. AUDIO
pemilihan lagu yg bersesuaian dgn plot

8. LIGHTING
permainan artistik yg menarik mengikut mood

9. OVERALL
bengkel berjaya

Saturday, April 7, 2012



It starts with.....one thing
I don't know why
It doesn't even matter how hard you try
Keep that in mind
I designed this rhyme
To explain in due time
All I know.....
Time is a valuable thing
Watch it fly by as the pendulum swings
Watch it count down to the end of the day
The clock ticks life away
It's so unreal.....
Didn't look out below
Watch the time go right out the window
Trying to hold on
but you didn't even know
Wasted it all
just to watch you go......
I kept everything inside
And even though I tried, it all fell apart
What it meant to me
Will eventually be a memory of a time when.....

(c/o:)
I tried so hard
And got so far
But in the end
It doesn't even matter
I had to fall
To lose it all
But in the end
It doesn't even matter

One thing...I don't know why
It doesn't even matter how hard you try
Keep that in mind
I designed this rhyme
To remind myself how
I tried so hard.....
In spite of the way you were mocking me
Acting like I was part of your property
Remembering all the times you fought with me
I'm surprised it got so (hard).....
Things aren't the way they were before
You wouldn't even recognize me anymore
Not that you knew me back then
But it all comes back to me in the end......
You kept everything inside
And even though I tried, it all fell apart
What it meant to me
will eventually be a memory of a time when.....(c/o:)

I've put my trust in you
Pushed as far as I can go
For all this
There's only one thing you should know
(sumber lirik)

Saturday, March 17, 2012

Babak Terakhir OST

Jom hayati bait2 lirik lagu ni...insya-allah~


lirik: Qiu Aril
lagu: Qiu Aril / Faza Mokhtar

Monday, March 5, 2012

hati yg berdasarkan nurani dan fitrah
mengatakan TIDAK...

hati yg berdasarkan akal
mengatakan YA...

nafsu...mengatakan TIDAK



namun...
aku memilih hati yg berdasarkan akal itu
yg disulam bersama nawaitu yg dulu

selagi msh brkesempatan
aku mintak maaf...
dan aku juga maafkan kamu

~terima kasih utk segalanya~

Thursday, March 1, 2012

Babak Terakhir

asSalamu'alaikum...

This is pementasan teater yg aku smeth mimie n ecah sawadekap p nonton. Berikut info rgkas pementasan ni:

tarikh: 27-28 februari 2012 (kami p 27hb)
tempat: dewan tun sri lanang, ipg kuala lumpur
masa: 830 malam
karya & arahan: Qiu Aril

Sinopsis
Naskhah ini cuba menyelusuri lakonan pelakon-pelakon dalam satu EPISOD yang dijalani dari latar ke latar tanpa menyedari pelbagai peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka adalah untuk EPISOD yang seterusnya. Malah ada tindakan yang dilakukan oleh mereka seperti tidak sedar akan tujuan asal kewujudan CERITA ini. Walaupun jalan ceritanya hampir tamat untuk episod ini, pelakonnya masih lagi tidak mempedulikannya malah mereka terus hidup dengan nafsu yang makin membesar untuk memenuhi tuntutan cerita. (dipetik dr teaterbabakterakhir)


x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x


Komen Peribadi
Sebelum aku p jauh, aku nk habaq teater ni berkonsepkan absurd dan xperimental. N most important info is this is 1st time theatre production 4 Produksi Lantai Putih. So ketidak-sempurnaan dan cacat cela di sana sini itu adalah normal.

1. sets, props n also costume
x dak nk komen sbb absurd

2. audio dan music live (+slide show)
What i've learned here is audio synchronization. Then pelakon klu nk nyanyi jgn guna mic. Klu nk guna gak, SEMUA pelakon kena guna. Means klu ada pelakon even sorang x guna mic, so semua jgn guna mic. Tp apa YG MENARIK bg aku kt sini adalah every scene have their own song n slide show usage on interchange scene. So this is the element they want to experiment. N for me the usage of slide show very interesting n mengajak audiens hayati lagu sama2. SIYESLY I LOIKE THIS CONCEPT VERY MUCH!!!

3. lighting n make-up
i know u can b better after this

4. pelakon
i know u can b better, coz i see talent on u guys.


x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x


S i mention this is their 1st teater kan. So thats y they have kerjasama with Rumah Anak Teater. Bukan tu ja, after pementasan depa wujudkan slot soal jawab nk dptkan feedback n apa yg boleh depa tingkatkan. N aku puji sikap depa ni yg x tau bertanya pd yg tau xkesah who r u. Siyesly im respect them.

Tp yg lg x ble blah, kami dilayan mcm V.I.P lak. Adoi...korang, kami ni pown org biasa je. Masih mentah dlm teater, bukan hebat sgt pown. Kami dtg pown nk carik idea utk pementasan pertandingan. Apa2 pun, thanx utk layanan hgpa ek...terharu, huhuhu~

S conclusion, perjalanan hgpa msh jauh...dan msh banyak yg hgpa ble belajar dan perbaiki. Sekalung TAHNIAH kt hgpa utk pementasan, xpecialy Qiu 4 the skrip. Tahniah lg sekali.

Thursday, February 23, 2012

Bukan Malaikat

asSalamu'alaikum

1st thing 1st tengok tajuk entri mesti hgpa pikir entri ni bersifat kerohanian. Kan? Even aku pown sama. Xtuly ni tajuk naskhah pementasan teater yg aku smeth mimie p tengok. Here are the info bout the teater "Bukan Malaikat" yg kami p tengok:

tarikh: 20 februari 2012, isnin
masa: 830 malam...(smpai UM awal tp masuk lewat, pkl 9 ma...atoyai)
tempat: ET UM (panggung eksperimen UM la...)
karya dan arahan: eddy rusdi

x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x

sinopsis
Mengisahkan ttg org2 yg dpandang hina tp mereka ada hati dan naluri halus yg sgt mulia...begitu juga dgn manusia yg bertopengkan luaran yg warak tp dlmnya penuh dgn kekotoran yg hina....(artsloveddy)

Berlatar belakangkan warung kecil bawah sebuah flat. Warung tu nmanye warung halimah... halimah ni jande.. anak sorang.. sekolah menengah rasenye.. shima namenye.. pas lik sekolah die tlg maknye niaga.. org susah... n mudah terpedaya.. kt situ ade group maknyah... ade group mat rempit.. ade group org tua yg sembang2 kat bawah flat.. ade org alim "taik kucing" ... banyak konflik yg wujud yg mejadikan crita ni menarik. (ni aku edit skewt bg jd pendek mcm ijan...klu nk tau lebih just klik link chentahatiku-tika)


x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x


komen peribadi
Aku xble nk komen scr menyeluruh coz dh la masuk lewat, pastu just berdiri and ada blocking yg mghalang mata aku utk menonton keseluruhan scene shgga pementasan beralkhir. Namun aku akan komen apa yg aku rasa aku dpt ja.

1. setting
Oleh kerana konsep yg diguna pakai adalah realis, maka aku boleh mengatakan klu org mabuk dia akan pikir mcm mana warung yg bawah rumah flat celah mana boleh masuk dlm pggung. Got what i mean? hohoho~

2. props & costume
Xtuly 2 benda ni adalah part yg berlainan. Namun sebab aku confuse dgn rambut palsu yg digunakan either category costume or props, maka aku combine kan 2 2. Pggunaan rambut palsu pd watak sapa ntah, yg penting maknyah...clearly disturbing him. Ada gak la part2 len tp minor ja la. Secara kesuluruhan ok sbb (sekali lg) konsep realis.

3. make-up, lighting, audio
x dak apa nk komen...cuma part shima monolog lighting merah mcm pelik ja. dan cadangan maybe audio boleh ditambah.

4. lakonan
most pelakon not in character...most ok!!! most!!! ~im sorry~...tp yg betol2 aku suka watak uncle muthu. (ya ka? ntah...yg penting yg uncle yg india tu la)

5. arahan
Scr overall audiens dpt faham jalan crita pown dh ok. Tp disebabkan ni pertandingan (siyesly aku xtau kata karnival teater!!!) a lot of unsur kekaguman pengarah patut letakkan. One more thing, aku x tau silap pengarahan atau lakonan...sbb pelakon (shima) on emosi sedih (scene peleraian) tp audiens tepuk bergembira, apa yg abg naz ajar itu namanya anti-klimaks....ntah, wallahua'lam


x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x


favourite line: "kamu kenapa dtg warung mak janda? kamu tu kan bujang...ada apa2 ke?" - ustaz





p/s: aku rasa komen aku ni mcm ada sesetengah pihak terasa...but siyesly niat aku bukan nk jatuhkan korang, tp apa yg baik dijadikan teladan dan apa yg buruk dijadikan sempadan...this only my point of view, yg aku rasa boleh dibwt sbg lesson utk penambahbaikan pd masa akn dtg myb utk naskhah ni atau naskhah2 yg lain...even aku pown msh mentah dlm dunia teater dan ingin terus belajar, apatah lg kt ukm x dak fakulti utk teater...aku pown still boleh terima pendapat hgpa. dan apa yg plg penting sama2 kita naikkan prestij industri teater tanah air yg kian berkembang

Monday, February 20, 2012

The Comedy of Errors

asSalamua'alaikum...

Pergh!!! Dh lama aku x nulih naip kt blog... Ok, lets straight to the point!!! "The Comedy of Errors" is pmentasan teater yg aku hazal smeth p tengok. Kt bawah ni info ringkas pasal pmentasan ni:

tarikh: 17-19 februari 2012 (kami p 17hb, jumaat)
tempat: dewan seri budiman, uitm s.alam
masa: 900 mlm (kami smpai lewat setengah jam...im sorry, huhuhu)
tiket: rm10

arahan: fasyali fadzly
dijayakan oleh: pelajar tahun akhir dip. pengurusan seni, fak. teknologi kreatif & artisitik uitm
karya asal: williams shakespeare


Sinopsis
Mengisahkan tentang pencarian 2 pasangan adik beradik iatu Antipholus of Syracuse, Dromio of Syracuse dan Antipholus of Ephesus dan Dromio of Ephesus. Mereka terpisah sejak kecil akibat terpecahnya sebuah kapal milik ayahnya iatu Aegeon. Selain pasangan itu yang mencari pasangan masing-masing, bapa mereka, Aegeon juga turut mencari anak kembarnya untuk kembali ke tanah Syracuse dan tinggal bersama-sama semula. Tetapi setelah memasuki sebuah negara yang diberi nama Ephesus iatu Duke Solinus dan akan dihukum jika tidak dapat mencari kembar-kembar mereka ini, berlakunya kekalutan dimana terjadinya kesalahan identiti oleh setiap kembar. Disebalik kecelaruan tersebut telah menimbulkan suasana yang membuatkan para penonton tergelak hati. (dipetik dr miracikcit)


komen peribadi
1. nice concept of absurdity...
That is the word bila aku keluar2 ja pintu dewan after pmentasan. Im really2 enjoyed it. Really2 i've learned new things, new concept of theater. (bukan la new sgt pown...tp sbb kt ukm xdak fakulti yg tawarkan teater, so kitorang baru tau la). Nice dr segi artistik of costume, setting, n props (confuse either costume trmasuk atau x...sbb topeng atas kepala pelakon dont know which category). The concept is really2 simple make audiens mudah faham akan sesuatu character, mudah faham akan keadaan sesuatu tempat. n most important thing is audiens really follow the story line, what the conflict is about...

2. kekuatan pelakon is WOW!!!
xdak la smpai tahap xdak kelemahan lgsung...haish. xtuly kami kagum dgn they all have no monotone. But only certain part ja yg lost character. Normal ah tu. Klu bung, part yg bosan tu gerenti dia tido...hohoho. Klu dia tido sekali pown, mesti sat ja...aku gerenti, sbb MMG X BOSAN. tengok tajuk la wei. the comedy of errors. comedy wei...!!!

3. pengarahan
Siyesly story line biasa2 ja. Make-up audio lighting pown biasa2 ja. But dgn setting yg boleh berubah2, konsep props dan costume yg x terfikir dek akal, dan character2 yg sengaja di-over-kan pengarah menjadikan pmentasan lebih attractive. Xrasa bosan. Xrasa 2 jam berlalu.


favourite line: "hey, kau jangan buat2 pelik boleh x?" x igt watak mana yg cakap kpd sapa



p/s: mintak maaf wann coz aku just ajak hazal dgn smeth...xtuly aku ajak arep ijan zul skali, tp depa x nak sbb BERBAYAR...hahaha

(aku rasa mcm ada simbolik ja dlm crita ni. ada mesej yg shakespeare nk smpaikan...but im still not get it)

Monday, February 13, 2012

Kemaafan Dendam Yg Terindah

...ku rasakan perlu...

...sekali ini aku rela
merendah diri beralah...

...tak mungkin ku tahu
apa tersirat di hati kecilmu
andainya aku yg bersalah...
~kemaafan dendam yg terindah~

...aku masih di sini
sabar menanti
terbuka kembali
hatimu yg terkunci...

(kemaafan dendam yg terindah)

Saturday, January 28, 2012

Im Keep Ur Word

...like them coz depa x cakap belakang dan suka terus terang

Thursday, January 19, 2012

but...

management = the process of...
  • planning,
  • leading,
  • organizing,
  • control
  • decision making
...of something to achieve the goal of something




but...
im fail in leading
im fail in LEADERSHIP...

~im sorry...sigh~

Tuesday, January 17, 2012

Gemuk dan Kurus of...

Sahabat Rasulullah SAW , Abu Hurairah R.A pernah bercerita “Perbezaan syaitan penggoda orang kafir dan syaitan penggoda orang mukmin.

Syaitan Penggoda orang kafir kelihatan gemuk, segar, rapi dan memakai baju cantik.

Sedangkan syaitan penggoda orang mukmin kurus,kering, kusut, dan telanjang.”

Syaitan gemuk bertanya kepada syaitan kurus, “Mengapa kamu menyedihkan, kau kurus, kering, kusut,dan telanjang?”

Syaitan kurus menjawab, “Aku bertugas menggoda orang mukmin yang selalu berzikir dan membaca bismillah, menyebut nama ALLAH.

Ketika hendak makan dan minum, dia membaca bismillah, menyebut nama ALLAH, maka aku tetap lapar dan haus.

Ketika memakai minyak rambut dia menyebut nama ALLAH, maka aku tetap kusut.

Dan ketika dia memakai baju, dia juga menyebut nama ALLAH sehingga aku tetap telanjang.”
Syaitan gemuk menyahut, “kalau begitu, aku beruntung, aku bersama orang yang tidak pernah menyebut nama Allah. Pada waktu, dia tidak menyebut nama Allah sehingga aku dapat makan bersamanya sampai puas. Ketika minum, dia juga tidak menyebut nama Allah sehingga aku boleh bersama dia minum. Ketika berhias dia tidak menyebut nama Allah sehingga aku turut berhias Dan, ketika memakai baju, aku pun ikut memakai pakaiannya.”

(sumber: v12gether)

Wednesday, January 11, 2012

Pengalaman Pertama Seorang Gadis...

Sebaik sahaja anda baring, anda mula merasakan otot-otot anda mula menegang. Anda cuba mengelak dengan cuba memberi alasan, tetapi dia enggan menerima alasan anda bahkan semakin merapati anda. Dia bertanyakan adakah anda takut. Tetapi anda dengan berani menggelengkan kepala.

Jari-jemarinya mula meneroka untuk mencari apa yang dihajati. Dan kali pertama jarinya menyentuh tempat yang betul. Semakin dalam dia menusuk semakin kuat anda mengerang. Tetapi dia masih dengan sikapnya dan melakukannya dengan selembut yang boleh sebagaimana yang telah dia janjikan.

Dia merenung jauh ke dalam mata anda dan mahu anda percayakannya. Ini bukanlah kali pertama bagi dirinya. Dia terus tersenyum dan anda mamberi lebih ruang masuk kepadanya. Anda mula merayu agar dia mempercepatkannya. Tetapi dia masih lagi melakukannya dengan perlahan agar anda merasakan kesakitan yang paling minimum.

Semakin dalam tusukkannya semakin anda merasakan tisu-tisu anda koyak. Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir. Dia merenung kepada anda dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan?. Mata anda digenangi dengan airmata tetapi anda menggelengkan kepala dan mahu dia terus melakukannya. Dia meneruskan dengan apa yang patut dilakukan. Terus keluar masuk. Tetapi anda sudah mula merasa kebas dan tidak lagi merasakan apa-apa.

Beberapa ketika kemudian anda merasakan sesuatu memancut dan dia mengeluarkannya dari anda. Anda terbaring dengan wajah yang pucat. Dia menghamparkan sekuntum senyuman kepada anda dan mengatakan anda adalah antara yang terdegil tetapi telah memberinya banyak pengalaman. Anda hanya tersenyum tawar dan juga inilah pengalaman pertama anda.































Dengan senyuman yang tawar andapun mengucapkan terima kasih kepada doktor kerana mencabut gigi anda.

p/s: ngeh3~ aku pown terkena daaaaa......

(sumber: KumbangJingga)

Tuesday, January 10, 2012

Thursday, January 5, 2012

Mysterious

something inside you
that attract me to closely...

Wednesday, January 4, 2012

Scramble Egg masak Pedas

dulu...
scramble egg masak pedas
dilengkapkan dgn roti, sayur, cheese, sausage bagai
bagi kurang rasa pedas

org jemu cara mcm tu
x rasa pedas

sekarang... 
CUBA TRY TEST 
scramble egg masak pedas
only scramble egg pedas itself

terus org x suka 
sbb pedas terasa pedas

padahal
compare dulu dan sekarang...
scramble egg pedas itself is the same 
just yg tukar is gaya persembahan



conclusion: 
XYAH MASAK JE LA!!!
senyum sahaja...dalam hati, biar padan muka!!!

Sunday, January 1, 2012

You Urself

You yourself is my Fatimah Azzahrah

~i know u read it...btw, just 1 2 say thanx~

It Starts With...

Matrix life
starting to recognize the world
after im searching of it

i'v found that
but now i lost
it starts again...