Thursday, April 21, 2011

Jari Manis...

Ikuti langkah berikut ini, Allah benar2 membuat keajaiban (ini berasal dari kutipan Cina)

1. Pertama, tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah ditekuk ke dalam




2. Kemudian, 4 jari yang lain pertemukan ujungnya.

3. Cubalah membuka ibu jari anda, ibu jari mewakili orang tua, ibu jari bisa dibuka kerana semua manusia mengalami sakit dan mati. Dengan demikian orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

4. Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda, mereke memiliki keluarga sendiri, sehingga mereka juga akan meninggalkan kita.

5. sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, yang mewakili anak2. cepat atau lambat anak2 juga akan meninggalkan kita.

6. selanjutnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis anda tempat dimana anda menaruh cincin perkawinan anda, anda akan hairan kerana jari tersebut tidak akan dapat dibuka. Kerana jari manis mewakili suami dan istri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain. Cinta suami isteri kekal abadi.





(sumber: budak muncet)

Tuesday, April 19, 2011

Tahukah Anda?

TAHUKAH ANDA? SSGGUHNYA MEREKA YG BERBUAT DOSA & MAKSIAT...SENTIASA GEMBIRA...TTP DLM MASA YG SAMA MEREKA X MENYEDARI MEREKA SDG MENERIMA PEMBALASAN ALLAH SWT

bagaimana nak tahu?
simptom2nya selalu sudah ditunjukkan...
ttp manusia x sedar kerana hatinya gelap, matanya dibutakan, akalnya dipendekkan, dan syaitan sentiasa ingin menemaninya 24 jam sehari...

nauzubillah...



Antara simptom2nya adalah..
1. fikiran serabut
2. cepat marah
3. selalu merasa bosan
4. poket kering
5. hutang keliling pinggang

6. didatangi penyakit
7. hilang/pudar kecantikan dalaman dan luarannya
8. dihina dan dipinggir orang
9. wajahnya penuh kusut dan kusam
10. dia senyum dan ketawa di hadapan orang, ttp menangis apabila sendirian

11. masalah datang bertimpa2
12. lambat jodoh
13. x mendapat zuriat
14. x merasa puas
15. keliru dengan identiti/keinginan dalam hidup

16. bahagia yg sementara
17. sering ada penghalang dlm urusan kehidupan
18. nikmat ALLAH yang sedia ada di hadapannya dilihat satu perkara yang biasa2 sahaja..dan tidak merasa bahagia dengannya
19. menunaikan tanggungjawab dengan hati yang terpaksa dan tidak ikhlas....



ada banyak lagi...ttp semoga ini dpt membantu kita muhasabah diri dan nilaikan adakah ia berlingkar dlm kehidupan kita....wallahualam~

Jika anda sedar kebanyakannya ada dlm kehidupan, maka cepat2 cari dan usahakan untuk melihat ALLAH, untuk dekat dengan ALLAH, untuk merasai cinta ALLAH...insyallah ia akan membuat kamu sujud bertaubat kpd ILLAHI dan mengubah kehidupanmu buat selama2nya...ameen~





Monday, April 18, 2011

Selepas Hari Itu...

hanyut dilanda ombak
yg sbenarnya bukanlah ombak yg ganas
tetapi ombak yg tenang

tenang jua aku
sehingga aku jua alpa dan ralit akan ombak itu
semuanya selepas hari itu bersama DIA

argh, ya allah...
bantulah hamba-Mu kembali kepada-Mu

Friday, April 15, 2011

Siyes Sedeywh...!!!

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.

"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Julia.

"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkata dalam hati. Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya.

Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."

"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang, Julia takut." Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang."

"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa...." Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!.

















x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x


















"Julia....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.

Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ.

"Mana abang Ahmad mak? Macam mana dengan suami saya, mak? Liza, Linda....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya.

Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.

"Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus menangis.

















x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x

















PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, belajar pun malas, kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....... dan Julia tersengih keseorangan.Rasa macam nak masuk dalam tin biskut!





Moral cerita: jangan tidur di waktu senja. lagi-lagi anak dara. tak manis.
Sumber: Oh Malaysia

Saturday, April 9, 2011

Luahan?

aku betul2 x sgka...
x sgka dgn ko
dgn perangai ko...

sbb...
walaupown aku x brp rpt dgn ko
aku tau ko x mcm 2...

tp...
pasai pa kwn2 ko 2?
depa cita kt aku mcm2 pasal ko...
semua org dh ckp psl ko...

aku cuba x mao percya
tp x boleh...

siyes...
siyes aku heran dgn ko
pasal pa ko ble jd cm ni..
sggup bwt cm 2?

padahal...
ko antara yg trbaek bg aku...

ok la...
aku nk dengaq dr ko sendiri
ko bg sbb pe ko bwt cm 2?
ko x takut kesannye ke nnti?

aq pelik...
pelik dgn tabiat ko ni...

tolong la berubah demi masa dpn ko...

siyes aku x caya
aku x caya smue 2...

jadi...
aku nk tnya sendri...
betol ke ko...















BERUS GIGI PAKAI BERUS JAMBAN?!!!



hahaha...jgn mrh!!!
aku pon trkena gak...
post la kt member2...
klu dpt msti mrh

~ err ~

aku rela...itu sahaja jawapanku

Friday, April 8, 2011

WaSiAt

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan SEPULUH PERKARA."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA: HAK KEPADA KUBUR
Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA: HAK KEPADA MIZAN
(NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)

Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM: HAK KEPADA SIRAT
(TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)

Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN: HAK KEPADA NABI S.A.W
Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH: HAK KEPADA ALLAH SWT
Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.



p/s:Sampaikan kepada semua mereka yang kita kenali agar ilmu ini tersebar dan kita dapat bersama-sama mengamalkannya.

dipetik dr sumber

Thursday, April 7, 2011

Past Year...owh Past Year

nk amik...x nk sudah, hahaha

Good Luck...!!!

Sunday, April 3, 2011

Aku Seorang Lelaki!!!

Malas nk tulis dlm fb, nnt terlalu terbuka...walau pown dlm blog terbuka gak, tp hanaya org tertentu ja yg baca. Dan aku tahu org itu baca.

aku seorang lelaki
yg tggi mana darjat imannya
ttp akan jatuh d tgn wanita

pakaian adalah hak setiap org
juga kpd setiap wanita
namun kami hanyalah lelaki
mesti ada sedikit terdetik utk itu

morale of the story: jgn bwt free show walaupown anda tidak menyedarinya...harap sgt2!!! aku sygkan kamu!!!