Showing posts with label teater. Show all posts
Showing posts with label teater. Show all posts

Saturday, June 2, 2012

Di Antara

Bismillahir Rahmanir Rahim...Allahumma solli'ala Muhammad S.A.W... Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillallah Allahuakbar

asSalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh... dan salam sejahtera.

Wah, blog aku ni dh byk sawang lak. adoyai...ok, lets straight to the point!!! Ni pementasan teater yg aku smeth hazal rohani n nazirah aduh sakit2 p tengok. Berikut info rgkas pasal pementasan ni.

tarikh: 29 mei - 1 jun (kami p 1 jun punya, jumaat, last day)
masa: 830 malam
tempat: stor teater dbp
tiket: rm15 (pelajar)
arahan: Nawfal Mohd Zamri (nama glamour = Nawf MZ)
konsep: realis

x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x

Sinopsis
Mengisahkan ttg anak gadis seorg jutawan yg diculik dan dijadikan tebusan oleh 2 org lelaki bertopeng. Dia diikat dan dirakam keadaannya supaya dpt memberi ugutan pd ayah beliau. Jk wang tebusan x diberi pd waktu yg ditetapkan gadis ini akan MATI. (copy paste edit dr pamplet)

Segalanya sudah siap di atur dgn teliti dan berjalan dgn lancar bg sebuah penculikan yg sempurna. Anak gadis seorang jutawan itu menjadi tebusan bg sejumlah harga yg menjanjikan kebahagiaan bg kedua2 penculik ini.

Namun...
Adakah benar ianya sebuah jenayah yg sempurna?
Semakin lama masa berlalu semakin jelas x semua yg berlaku mengikut spt apa yg di rancang. Pelbagai rahsia mula terkupas sehingga membawa ke kemuncak yg tidak dijangka sama sekali.
Dan...adakah benar bahawa wang dpt mengubah seseorang itu?

Pementasan ini melibatkan beberapa aksi lasak dan mengandungi efek2 kesan khas. Penonton dan bimbingan dari Ibu Bapa / Penjaga dinasihatkan. (sumber Di_Antara_fb_event)

x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x

Komen Peribadi
Kebiasaan aku komen pasal elemen2 produksi spt set, props, audio, lighting, costume, make-up, beserta lakonan, dan arahan. Namun kali ini aku lebih berminat utk komen pasal apa yg aku rasa berkenaan keseluruhan cerita.

1st attraction utk aku tengok teater ni sbb ada kesan khas. Kesan khas pd aku mcm kesan khas dlm filem2 yg guna CGI bagai. So soal aku, agak2 kesan khas yg mcm mana yg diguna pakai kalau dalam teater (real live show)? Tambah2 konsep teater yg digunapakai adalah realis. REALIS WEI!!! Bukan sure-realis atau absurd...Adakah pggunaan lighting atau set yg digunapakai yg wujudkan artistik yg tertentu?

Then depa mention bimbingan ibu bapa / penjaga dinasihatkan. So aku bajet mesti la ada unsur2 yg x terlampau yg x sesuai ditonton oleh mereka yg dibawah umur yg mana ibu bapa / penjaga kena bimbing golongan2 ni. Klu dalam filem tu normally biasa la aku dengar. Tp ni dlm teater wei...siyes extra-ordinary pown ada, kagum pown ada, pelik pown ada.

Then start2 ja pementasan, lighting x on lg, lagak 2 pelakon yg memainkan watak penculik dok prepare bilik yg akan menempatkan tebusan just guna lampu suluh. In my mind, ITS NICE IDEA. Itu ok lg. Then bla tebusan dh dibawa masuk, then penculik bukak lampu bilik, aku tergamam...Siyesly aku rasa aku berada dlm blk tu. Seolah2 aku pown dibawa ke dunia dalam bilik itu, dunia penculik dan dunia tebusan. Sampai aku tny kt diri aku, aku ni ada kt stor dbp atau kt rumah penculik tu?...siyes weh.

Then smpai ja part btwn konflik ke klimaks cerita, ada adegan tembak menembak, darah percik bila kena cucuk pisau, meja pecah, kepala kena hentak dgn marmar, dan byk lagi adegan2 x terlampau. Siyes aku dpt rasakan kesakitan kena tembak, kena cucuk pisau darah memercik. Siyes ganas. Sama spt apa yg telah dijanjikan kpd audiens. At the end of the day siyes aku kagum depa dpt pementasan sebegitu rupa.

Walaupown ada gak la lompang yg x ketara dr segi lakonan, jalan cerita n apa2 la yg berkaitan. Namun scr overall byk yg aku belajar drpd pementasan kali ni. Dan apa yg plg penting, aku mgharapkan nazirah aduh sakit2 dpt belajar drpd pementasan ni.



Sekian. AsSalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh...dan salam sejahtera.

Wednesday, April 18, 2012

Tepuk Amai-amai (Eksperimental)...tak siap edit lg woi, aku publish sbb ada org nk baca...

tarikh: 12-15 april (aku p 13hb, jumaat)
masa: 830 malam
tempat: OD muzium negara (ooo...xtau plak kata kt muzium negara ada OD-torium)
tiket: rm10
arahan: Khairunazwan Rodzy

Sebelum aku p ke sinopsis dan komen aku pasai teater ni, elok aku habaq pasai latar belakang la ye...

K, Teater Eksperimental Tepuk Amai2 ni teater drpd bengkel lakonan. Err...maksud aku bwt bengkel lakonan teater dulu, and at the end of the day peserta2 bengkel perform. Got it?

Bengkel lakonan teater ni dipanggil FirstTimeWorkshop: Bengkel Asas Lakon. Organizer dia Revolution Stage, dgn krjsm Jabatan Warisan Negara and Jabatan Muzium Negara. Bengkel ni berlangsung selama sebulan secara PERCUMA (diulang PERCUMA YE!!!). Klu x silap aku bengkel start 20 feb hari tu, dan 10 peserta ja yg terpilih.

Teater yg akan dipentaskan hasil dr bengkel ni dh ditetapkan temanya, iaitu "cita-cita dan impian". Namun apa yg menarik dr teater ni klu x silap aku, plot dan skrip diolah bersama2 dgn peserta bengkel.....So lets enjoy what's the sinopsis and my comment bout this theater.

Sinopsis
Berkisarkan tentang kehidupan zaman persekolahan yang melibatkan watak-watak seperti Pelajar, Guru, Ibu Bapa dan Keluarga. Plotnya bergerak berlandaskan watak para pelajar yang berusaha keras untuk mencapai cita-cita dan impian masing-masing sehingga berjaya. (dipetik dr Revolution-Stage)

Komen Peribadi
1. ARAHAN
Konsep yg digunakan utk teater ni is absurd. So teater konsep absurd ni biasanya sowh audiens berfikir. Tp disebabkan tipikal malaysian sekarang yg nk berfikir, maka pengarah mggarapkan pelbagai elemen mmpelbagaikan watak pelakon, emosi dlm menjadikan teater ni mudah difahami dan x bosan

2. LAKONAN
vokal emosi gesture
plg aku suka they can control their penat

3. MAKE-UP
sesuai & ok la...

4. COSTUME
baju sekolah...they wear so kemas.
I got their meaning sbb utk cemerlang bukan utk org berdisiplin ja

5. PROPS
they just use kerusi...
hope next time they can use kerusi yg stabil skewt, coz ada pelakon yg hampir nk terjatuh dan dia hilang fokus

6. SETS
kosong...namun bertukar gah bila dimasukkan elemen lighting

7. AUDIO
pemilihan lagu yg bersesuaian dgn plot

8. LIGHTING
permainan artistik yg menarik mengikut mood

9. OVERALL
bengkel berjaya

Thursday, March 1, 2012

Babak Terakhir

asSalamu'alaikum...

This is pementasan teater yg aku smeth mimie n ecah sawadekap p nonton. Berikut info rgkas pementasan ni:

tarikh: 27-28 februari 2012 (kami p 27hb)
tempat: dewan tun sri lanang, ipg kuala lumpur
masa: 830 malam
karya & arahan: Qiu Aril

Sinopsis
Naskhah ini cuba menyelusuri lakonan pelakon-pelakon dalam satu EPISOD yang dijalani dari latar ke latar tanpa menyedari pelbagai peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka adalah untuk EPISOD yang seterusnya. Malah ada tindakan yang dilakukan oleh mereka seperti tidak sedar akan tujuan asal kewujudan CERITA ini. Walaupun jalan ceritanya hampir tamat untuk episod ini, pelakonnya masih lagi tidak mempedulikannya malah mereka terus hidup dengan nafsu yang makin membesar untuk memenuhi tuntutan cerita. (dipetik dr teaterbabakterakhir)


x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x


Komen Peribadi
Sebelum aku p jauh, aku nk habaq teater ni berkonsepkan absurd dan xperimental. N most important info is this is 1st time theatre production 4 Produksi Lantai Putih. So ketidak-sempurnaan dan cacat cela di sana sini itu adalah normal.

1. sets, props n also costume
x dak nk komen sbb absurd

2. audio dan music live (+slide show)
What i've learned here is audio synchronization. Then pelakon klu nk nyanyi jgn guna mic. Klu nk guna gak, SEMUA pelakon kena guna. Means klu ada pelakon even sorang x guna mic, so semua jgn guna mic. Tp apa YG MENARIK bg aku kt sini adalah every scene have their own song n slide show usage on interchange scene. So this is the element they want to experiment. N for me the usage of slide show very interesting n mengajak audiens hayati lagu sama2. SIYESLY I LOIKE THIS CONCEPT VERY MUCH!!!

3. lighting n make-up
i know u can b better after this

4. pelakon
i know u can b better, coz i see talent on u guys.


x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x


S i mention this is their 1st teater kan. So thats y they have kerjasama with Rumah Anak Teater. Bukan tu ja, after pementasan depa wujudkan slot soal jawab nk dptkan feedback n apa yg boleh depa tingkatkan. N aku puji sikap depa ni yg x tau bertanya pd yg tau xkesah who r u. Siyesly im respect them.

Tp yg lg x ble blah, kami dilayan mcm V.I.P lak. Adoi...korang, kami ni pown org biasa je. Masih mentah dlm teater, bukan hebat sgt pown. Kami dtg pown nk carik idea utk pementasan pertandingan. Apa2 pun, thanx utk layanan hgpa ek...terharu, huhuhu~

S conclusion, perjalanan hgpa msh jauh...dan msh banyak yg hgpa ble belajar dan perbaiki. Sekalung TAHNIAH kt hgpa utk pementasan, xpecialy Qiu 4 the skrip. Tahniah lg sekali.

Thursday, February 23, 2012

Bukan Malaikat

asSalamu'alaikum

1st thing 1st tengok tajuk entri mesti hgpa pikir entri ni bersifat kerohanian. Kan? Even aku pown sama. Xtuly ni tajuk naskhah pementasan teater yg aku smeth mimie p tengok. Here are the info bout the teater "Bukan Malaikat" yg kami p tengok:

tarikh: 20 februari 2012, isnin
masa: 830 malam...(smpai UM awal tp masuk lewat, pkl 9 ma...atoyai)
tempat: ET UM (panggung eksperimen UM la...)
karya dan arahan: eddy rusdi

x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x

sinopsis
Mengisahkan ttg org2 yg dpandang hina tp mereka ada hati dan naluri halus yg sgt mulia...begitu juga dgn manusia yg bertopengkan luaran yg warak tp dlmnya penuh dgn kekotoran yg hina....(artsloveddy)

Berlatar belakangkan warung kecil bawah sebuah flat. Warung tu nmanye warung halimah... halimah ni jande.. anak sorang.. sekolah menengah rasenye.. shima namenye.. pas lik sekolah die tlg maknye niaga.. org susah... n mudah terpedaya.. kt situ ade group maknyah... ade group mat rempit.. ade group org tua yg sembang2 kat bawah flat.. ade org alim "taik kucing" ... banyak konflik yg wujud yg mejadikan crita ni menarik. (ni aku edit skewt bg jd pendek mcm ijan...klu nk tau lebih just klik link chentahatiku-tika)


x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x


komen peribadi
Aku xble nk komen scr menyeluruh coz dh la masuk lewat, pastu just berdiri and ada blocking yg mghalang mata aku utk menonton keseluruhan scene shgga pementasan beralkhir. Namun aku akan komen apa yg aku rasa aku dpt ja.

1. setting
Oleh kerana konsep yg diguna pakai adalah realis, maka aku boleh mengatakan klu org mabuk dia akan pikir mcm mana warung yg bawah rumah flat celah mana boleh masuk dlm pggung. Got what i mean? hohoho~

2. props & costume
Xtuly 2 benda ni adalah part yg berlainan. Namun sebab aku confuse dgn rambut palsu yg digunakan either category costume or props, maka aku combine kan 2 2. Pggunaan rambut palsu pd watak sapa ntah, yg penting maknyah...clearly disturbing him. Ada gak la part2 len tp minor ja la. Secara kesuluruhan ok sbb (sekali lg) konsep realis.

3. make-up, lighting, audio
x dak apa nk komen...cuma part shima monolog lighting merah mcm pelik ja. dan cadangan maybe audio boleh ditambah.

4. lakonan
most pelakon not in character...most ok!!! most!!! ~im sorry~...tp yg betol2 aku suka watak uncle muthu. (ya ka? ntah...yg penting yg uncle yg india tu la)

5. arahan
Scr overall audiens dpt faham jalan crita pown dh ok. Tp disebabkan ni pertandingan (siyesly aku xtau kata karnival teater!!!) a lot of unsur kekaguman pengarah patut letakkan. One more thing, aku x tau silap pengarahan atau lakonan...sbb pelakon (shima) on emosi sedih (scene peleraian) tp audiens tepuk bergembira, apa yg abg naz ajar itu namanya anti-klimaks....ntah, wallahua'lam


x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x


favourite line: "kamu kenapa dtg warung mak janda? kamu tu kan bujang...ada apa2 ke?" - ustaz





p/s: aku rasa komen aku ni mcm ada sesetengah pihak terasa...but siyesly niat aku bukan nk jatuhkan korang, tp apa yg baik dijadikan teladan dan apa yg buruk dijadikan sempadan...this only my point of view, yg aku rasa boleh dibwt sbg lesson utk penambahbaikan pd masa akn dtg myb utk naskhah ni atau naskhah2 yg lain...even aku pown msh mentah dlm dunia teater dan ingin terus belajar, apatah lg kt ukm x dak fakulti utk teater...aku pown still boleh terima pendapat hgpa. dan apa yg plg penting sama2 kita naikkan prestij industri teater tanah air yg kian berkembang

Monday, February 20, 2012

The Comedy of Errors

asSalamua'alaikum...

Pergh!!! Dh lama aku x nulih naip kt blog... Ok, lets straight to the point!!! "The Comedy of Errors" is pmentasan teater yg aku hazal smeth p tengok. Kt bawah ni info ringkas pasal pmentasan ni:

tarikh: 17-19 februari 2012 (kami p 17hb, jumaat)
tempat: dewan seri budiman, uitm s.alam
masa: 900 mlm (kami smpai lewat setengah jam...im sorry, huhuhu)
tiket: rm10

arahan: fasyali fadzly
dijayakan oleh: pelajar tahun akhir dip. pengurusan seni, fak. teknologi kreatif & artisitik uitm
karya asal: williams shakespeare


Sinopsis
Mengisahkan tentang pencarian 2 pasangan adik beradik iatu Antipholus of Syracuse, Dromio of Syracuse dan Antipholus of Ephesus dan Dromio of Ephesus. Mereka terpisah sejak kecil akibat terpecahnya sebuah kapal milik ayahnya iatu Aegeon. Selain pasangan itu yang mencari pasangan masing-masing, bapa mereka, Aegeon juga turut mencari anak kembarnya untuk kembali ke tanah Syracuse dan tinggal bersama-sama semula. Tetapi setelah memasuki sebuah negara yang diberi nama Ephesus iatu Duke Solinus dan akan dihukum jika tidak dapat mencari kembar-kembar mereka ini, berlakunya kekalutan dimana terjadinya kesalahan identiti oleh setiap kembar. Disebalik kecelaruan tersebut telah menimbulkan suasana yang membuatkan para penonton tergelak hati. (dipetik dr miracikcit)


komen peribadi
1. nice concept of absurdity...
That is the word bila aku keluar2 ja pintu dewan after pmentasan. Im really2 enjoyed it. Really2 i've learned new things, new concept of theater. (bukan la new sgt pown...tp sbb kt ukm xdak fakulti yg tawarkan teater, so kitorang baru tau la). Nice dr segi artistik of costume, setting, n props (confuse either costume trmasuk atau x...sbb topeng atas kepala pelakon dont know which category). The concept is really2 simple make audiens mudah faham akan sesuatu character, mudah faham akan keadaan sesuatu tempat. n most important thing is audiens really follow the story line, what the conflict is about...

2. kekuatan pelakon is WOW!!!
xdak la smpai tahap xdak kelemahan lgsung...haish. xtuly kami kagum dgn they all have no monotone. But only certain part ja yg lost character. Normal ah tu. Klu bung, part yg bosan tu gerenti dia tido...hohoho. Klu dia tido sekali pown, mesti sat ja...aku gerenti, sbb MMG X BOSAN. tengok tajuk la wei. the comedy of errors. comedy wei...!!!

3. pengarahan
Siyesly story line biasa2 ja. Make-up audio lighting pown biasa2 ja. But dgn setting yg boleh berubah2, konsep props dan costume yg x terfikir dek akal, dan character2 yg sengaja di-over-kan pengarah menjadikan pmentasan lebih attractive. Xrasa bosan. Xrasa 2 jam berlalu.


favourite line: "hey, kau jangan buat2 pelik boleh x?" x igt watak mana yg cakap kpd sapa



p/s: mintak maaf wann coz aku just ajak hazal dgn smeth...xtuly aku ajak arep ijan zul skali, tp depa x nak sbb BERBAYAR...hahaha

(aku rasa mcm ada simbolik ja dlm crita ni. ada mesej yg shakespeare nk smpaikan...but im still not get it)

Wednesday, November 30, 2011

Takdir Ilahi MAKUM: ~part 4~

x x x x x     papan pameran     x x x x x x

x x x x x     barisan2 pelakon dan watak2 yg dipegang     x x x x x x

firdaus a.k.a cagali as "ain"

faizal as "ari"

nisa as "mak iffah"

yan (aku pggl ayu) as "ibu ayu"

jo as "mail"

me as "abg bad"

lah as "hisham"

umai as "kak eton"

khorus by (dari kanan) anis, naim, ama



x x x x x     Tenaga Produksi     x x x x x x


pengarah
JO
(*ala, yg berlakown watak "mail" ah!!!)


pengarah produksi
FARAH
(*maaf, tiada gambaq...lalala)


pengurus pentas
(dr kanan) SYUKO (lakon), IZNUL (teknikal)

setting
ANIS
(*ala yg chorus!!!)


(dr kanan)
costume = SYAI
make-up = NAIM
props = AMA dan NADIA







~to be continue~

Sunday, November 27, 2011

Takdir Ilahi MAKUM: ~part 3~

"Takdir Ilahi". Tajuk naskhah yg dipentaskan di Festival Teater MAKUM 2011. Btw myb aku lupa mention what is MAKUM.

MAKUM = Majlis Kebudayaan Universiti2 Malaysia.

Got it? K now i move on...Perform 16hb november, rabu, pkl 9 malam. Kt panggung experimen UM.

Bertolak dr ukm dlm pkl...err...err...errr...deym, aku dh x igt. Around 10 o 11 cmtu la KOWT. Smpai UM pkl 12 lebeyh KOWT. Igt smpai2 boleh masuk kt bilik persalinan. At least boleh terbungkang. Rupanya x ble. Xtuly km trsalah paham skewt, sbenaqnya boleh...yg x boleh tu just bump-in ja (ka bound-in?).

So kami semua dok la kt luaq. Xpa la, nk bwt cmna...Time turn UPM perform dlm pkl 2, semua pakat masuk panggung. Ye la, drpd ko dok termenung x bwt apa kt luaq. Tp aku masuk sat ja...nk amek feel panggung, n tengok panggung besaq mana. Coz time ada taklimat kt UM b4 festival start aku x dpt dtg. Time tu tengok panggung sekali cmna.

Lps ja habez UPM perform, debaran tu mula la terasa...hahaha. Siyes weh...msg2 kumpui bwt bulatan, finalize n clear everything. After that msg2 bwt kerja msg2. Aku s pelakon bersiap la, make-up bagai. After that test make-up bawah lighting, spacing, lontaran vokal test, olah vokal, n so on...


my target of this production, xpecialy 4 me that play the role of abg bad character:
  • 1st thing 1st - of course target nk dpt anugerah pelakon pembantu lelaki terbaik 
  • 2ndly - watak abg bad adalah simbolik kpd golongan oku...so i need to do my best to teach the public jgn pndg rendah golongan2 oku. 
  • 3rd n last but not least - bwt yg terbaik...aku x nk malukan diri aku atas pentas. dan aku nk rasa kepuasan!!! apa yg pntg adalah niat aku join this production

Berkat doa from abah mak. N someone special that give me the chance (jeng3...). I'll do my best...





p/s: x tau la plak "fatimah azzahrah" dtg

~to be continue~

Wednesday, November 23, 2011

Takdir Ilahi MAKUM: ~part 2~

Esoknya aku dtg utk casting. I mean 31 oktober. Isnin. Malam. Ringkas crita alhamdulillah dpt watak abg bad. Bukan syukur gila2 capai target nk watak abg bad tu sgt2, tp syukur dpt gak berproduksi under KTR.

What i'v thinking on my mind that time siyesly x nk bwt cm abg naz. Character yg abg naz bawak utk abg bad gagap. So sbb x nk dibayangi oleh ke-legend-an beliau, maka i have a lot of work to do. Baca blk skrip, bedah skrip bagai. N konklusinya dpt idea watak abg bad aku nk bwt terencat. N cuba cakap kt pengarah, Jo. Dia cakap ok.

Reason aku nk bg abg bad ni terencat coz this is competition!!! bukan persembahan. Coz b4 this takdir ilahi dh 2 kali dipentaskan atas tiket persembahan. 1st time takdir ilahi dikenali sbg "usang" yg diarah oleh abg sham dipentaskan di pggung seni, dan watak abg bad dijayakan oleh abg sydo. 2nd time takdir ilahi yg diarah oleh abg naz dipentaskan di pggung bandaraya KL, dan watak abg bad dijayakan oleh abg naz...Dan aku punya ni adalah kali yg ke-3.

So after dpt pelepasan jo, i move to the next stage. Im gonna work on the character of abg bad in each scene.
  • scene 5 - more to 1st impression approach. nk tarik mood audien xpecialy juri, watak abg bad bukan watak orang kebanyakan
  • scene 6 - nk masukkan unsur walau dia terencat, dia sbenarnya cerdik dan nk belajar...ditambah sedikit elemen simpati
  • scene 8 - punch line utk watak abg bad sendiri...that is simpati 

Practice make perfect. This kind of words show that practice is the most important stage in all type of doing something. Stage ni la ibarat macam lauk pauk kpd sepinggan nasik putih. Masam manis pahit masin semua complete dirasa. (Tp part Maharaja tu part mana ek? hahaha...sapa yg terlibat ja yg tau)



p/s: xtuly point utk post ni just paragraph 2 hgga 4 tu ja...yg len tu merapu meraban. tp rasa nk gak crita pasai training, tp bnyk sgt kowt...so xyah la, apa pown its pengalaman yg xdpt dilupakan

~to be continue~

Sunday, November 20, 2011

Takdir Ilahi MAKUM: ~part 1~

"watak abg bad x dak sapa yg ble bawak". Itu statement yg keluaq dr mulut farah. Nadanya cukup risau. Dia nk offer ismeth watak abg bad ni, dh x tahu sapa lg calon yg rasa layak.

Coz farah x sempat nk tanya smeth sndiri, so aku tanya la bg pihak.

"aku x ble ah palie. ang pown tau kan aku lani dok serabut. dgn tesis lg. final year projek lg. ...bla3...cakap aku mintak maaf sgt kt farah ek. aku mmg teringin nk berlakon". luah smeth. Lebih kurang la.

Aku offer diri. Sbb teringin nk merasa MAKUM. Teringin nk merasa berlakon teater yg btol2 teater. Yg sejam lebih. Teringin nk berproduksi bawah Kelab Teater Rimba. Nk belajar mcm mana KTR berproduksi. Pengurusan depa bagai.

Sbb sblom ni aku pernah berpeluang. Mad ajak. Join produksi utk Festival Teater Selangor 2009. (ka 2008 ek? aku dh x igt). Depa bawak naskhah yg aku pernah bawak kt DOT. Naskhah Superptuih & Transit Kaler Magenta. Tp x dapat join. Huhu...

30hb oktober. Ahad. Pkl brp x igt, tp malam la. Kt mapley. Aku offer diri nk try watak Abg Bad. Stelah brfikir panjang dan mintak pandangan dr org2 tertentu. Aku msg farah. X lama kemudian farah msg cakap pengarah sowh mai esok utk casting.

Haha. debo2 gak. KTR kowt. Bawak nama UKM kowt. So mesti pelakon2 dan produksi2 semua legend2. 

"segan ah!!!" aku msg farah. lebeyh kurang la.

"nak x nak ni?" mcm biasa farah ugut. Hoho. Siyes segan, takut semua ada...

Esok yg spatutnya dtg casting, tp dijodohkan malam tu gak jumpa geng2 tersebut. Situasinya kereta nisa xble nk hidup. Time tu aku x kenal la depa2 ni. Time tu ada nisa (of course la...tuan pny kereta), ayu, syuko, iznul, dgn beberapa orang yg aku xigt.

"ni la abg bad" farah perkenaikan aku. 

"ok...confirm, x yah casting" klu x silap aku syuko kowt cakap.

 "what!!! casting ah dulu weh!!!" bisik aku dlm hati.



 ~to be continue~

Tuesday, September 13, 2011

Elemen2 Teater (3)

(3) TEATER SEBAGAI SATU BENTUK IMPERSONANISASI:

3.1 - Antara unsur teatrikal dlm seni teater is impersonation (impersonanisasi). AKU COPY PASTE JA NIH!!! That means ang tiru sesuatu watak dlm menyampaikan apa yg ang tiru tu scara representional. Pehe dop? Aku dop pehe sebenaqnya…adeh. Maksudnya apa yg ang tiru tu mewakili kehidupan sebenar ataupun “a slice of life”. (apa yg aku paham is simbolik…btoi dop bg naz?). Bentuk lakonan gak adalah impersonisasi yg tepat utk mggambarkan ttg ssuatu keadaan kehidupan pd ssuatu zaman ketika itu.

3.2 - Unsur ini yg MMISAHKAN seni teater drpd bentuk seni yg lain. Tambahan pulak unsur impersonanisasi JUGA mrupakan pokok pangkal kpd teater, DAN mrupakan asas kpd persembahan teater itu sendiri. Bayangkan betapa ksukaran para penggiat teater dahulu kala nk bangkitkan ssuatu watak itu bg nk bezakan ssuatu watak depa dgn watak yg lain. (aku x bayangkan pown…hahaha~). Sbg penyelesaian penggiat2 teater di Greek terutamanya, depa cipta topeng utk gambarkan sesuatu watak tu.

3.3 - Bentuk impersonanisasi x brgantung pd unsur topeng ni jah. Bentuk IMPLICIT AGGREEMENT ATAU PERJANJIAN DI ANTARA PENONTON DENGAN PELAKON meyakinkan lg pelakon tu sbenaqnya mgimpersonanisasikan watak. (apa yg aku paham kt sini penonton dpt msg apa yg pelakon sdg lakonkan). Namun, unsur impersonanisasi yg trkandung dlm unsur artistik x smata2 krn nk nipu atau ciplak dan eksploitasikan ssuatu watak, tp lebih kpd nk capai tujuan artistik dlm mempersembahkan ssuatu watak.

3.4 - Ssorg plakon itu bukan mnjd karektor watak yg dpegang, sbaliknya dia hny skdr “meminjam” karektor watak trsebut utk dpersembahkn kt audiens. (nk lebih paham cth pelakon nama Ali, nk berlakon karektor Hisham…Ali is Ali, bukan Hisham…tp Ali just pinjam karektor Hisham utk smpaikan karektor Hisham kt audiens)

3.5 – Lani teknik2 lakonan yg digunakan oleh sarjana Barat (spt Bertolt Brecht dgn lakonan epiknya; Konstantin Stanilavsky dgn Method Acting; dan juga Antonin Artaud dgn teknik Theater of Cruelty) jd asas kt pelakon2 dlm nk capai bentuk lakonan yg sbenaq.



back to the main page

Tuesday, September 28, 2010

Elemen2 Teater (2)

(2) TEATER SEBAGAI SATU BENTUK SENI ARTISTIK

2.1 –Teater sbenaqnya bukan skdr nk elokkan atau nk cari perfection of production, tp kerja2 dlm ssbuah produksi teater is more than that. What’s that means? That means, kerja teater adlh suatu kerja seni (art of work).

2.2 - “seni” (dlm konteks teater) = unsur2 seni yg trdpt dlm muzik, tarian, lakonan, kostum, setting dan juga pencahayaan (lighting). So, ssbuah produksi teater yg play the role angkat unsur2 seni ni adalah produksi yg:
a) Benar2 paham kandungan seni yg sbenar
b) berjaya paham teks yg hendak dipersembahkan, atau lebih tepat lg paham apa kehendak penulis
c) mempunyai persefahaman (chemistry) di antara pereka2 seni (designer) dgn pekerja. (ooo…kena ada gak ek chemistry? Xtau pong)

2.3 - Unsur seni dlm teater x pernah setelus / sejujur mcm unsur seni dlm karya catan, arca, muzik, penulisan dan sebagainya. (???) Unsur seni dlm teater adalah kombinasi yg mrangkumi semua unsur2 seni dlm konteks seni. That’s y la certain pgkaji teater like Cohen brpndpt bhw teater itself adlh sbuah bentuk seni gampang, atau dgn lbh tepat “a bastard form of art” (Cohen, 1981). (apa yg aku paham kt sini seni yg mcm haram – seni yg bombastic smpai kena pikir). Bukan tu ja, seni teater gak mrangkumi seni rekabina (pembinaan set & pembinaan setting). So we can conclude that, x dpt dinafikan seni teater spt suatu “penyatuan” estetika seni yg sejagat.

2.4 – Lastly, hasil kerja teater sbenarnya trsembunyi dlm bentuk teatrikal yang akan dpt diketemu oleh para pggiat seni teater yang asli dan tulus dlm mghasilkan suatu bentuk seni teater yg sbenarnya.



back to the main page

Tuesday, September 7, 2010

Elemen2 Teater (1)

(1) TEATER SEBAGAI BENTUK KERJA :

1.1 – “kerja" dlm ssebuah produksi teater berbentuk secara meluas dr segi konteks dan skop. Sesebuah produksi yg profesional normally amik masa sekurang2nya 6 bulan utk siap. Waktu latihan jah dh ambik masa berbulan2 nk mantopkan lg persembahan. (damn, 6 bulan ka? that means FTU yg aku join dpt 2nd place ari tu? apatah lg no.1, pasai beza point pown berapa jah...siyes down syial)

1.2 - Bentuk2 kerja normally terdiri drpd bbrp kumpulan;

a) lakonan, di mana pelakon (sekurang2nya sorg) akan memainkan wataknya dlm sesebuah prsembahan.

b) rekabentuk, yang mana perekabentuk akan bayangkan secara visual, dan juga kenal pasti rekabentuk yg sesuai. (imagine la senang crita...haish)

c) pembinaan, (spt. pereka setting, pakaian, audio, makeup artis dan bberapa org lg) brtggungjawab adaptasikan bentuk yg telah dibincangkan jadi bentuk yg diinginkan. (u imagine, then u make it real...kowt2 x paham)

d) running, (atau pown mulakan sesebuah persembahan) di mana juruteknik2 (senang crita lg, crew la org pggl) akn start coordinate dan check nk make sure setiap plan jalan dgn lancar dan betul.

e) penerbit, bertggungjawab nk make sure each person do their job, and also control the financial, selia semua bentuk produksi dan bahagian2 yg perlukan pengawasan sorg penerbit. (bunyik mcm pengarah produksi jah...never mind, the main purpose is 4 control la - help pengarah)

f) pengarah, kawal dan bentuk produk artistik, sediakan segala bentuk yg menjadi justifikasi seni. (Maksud kt sini bentuk yg bersifat visual yg dibayangkan - sila refer 1.2(b), pengarah akan convert into realiti. That means pengarah adalah pereka bentuk utama sesebuah persembahan!!!). Then, pengarah gak brtggungjawab sediakan jadual latihan dan tentukan bentuk latihan. (ha??? selama ni yg aku tau pengarah produksi yg handle jadual latihan, bg naz can u help me!!!)

g) pengurus pentas (a.k.a stage manager a.k.a SM) brtggungjawab kendalikan sebuah produksi dan operate produksi semasa, sedang, dan hendak dipersembahkan. (Maksud kt sini, time ni pengarah x bwt pa2 just tengok hasil pementasan yg dia bwt di kerusi penonton...so, S.M yg brtggungjawab beri arahan kpd semua krew yg terlibat termasuk pelakon. In additional, apa yg aku belajar S.M ada 2; pelakon - urus keluar masuk pelakon, & teknikal - urus teknikal flow)

h) house managing a.k.a pengurus panggung, brtggungjawab kendalikan soal pengurusan “in house”, soal tempat duduk audiens dan pastikan setiap kemudahan boleh bg kepuasan kt audiens. (owh, ada gak ek? siyes xtau...huhuhu)


back to the main page

Elemen2 Teater (main)

Apa tu teater? Ramai yg kata teater tu just persembahan depan penonton dgn xpayah nk fikir sudut berbeza dan mendalam. Cohen dlm buku dia, Theatre, teater = “satu bentuk kerja artistik di mana para pelakon meniru watak ataupun perwatakan di dalam sebuah bentuk persembahan secara langsung (bukan difilemkan) berdasarkan kepada sebuah skrip” (Cohen, Robert : 81)

Maksud teater ni x boleh guna pakai cm tu jah utk maksud utamanya, tp dianggap sbg dasar kpd pengertian maksud teater tu sndr. Erti teater ni sbenaqnya lebih luas, bukan skdr tumpu satu skop ja. Bwh ni ciri2 dlm maksud teater yg sbenaqnya:

1) Teater adalah satu bentuk kerja.
2) Teater adalah satu bentuk kerja seni artistik.
3) Dalam teater, pelakon mengimpersonisasikan watak.
4) Teater adalah sebuah persembahan langsung. (link ni on progress ~hrp bersabar~)
5) Teater adalah sebuah bentuk persembahan. (link ni on progress ~hrp bersabar~)
6) Teater memerlukan tulisan berskrip. (link ni on progress ~hrp bersabar~)





sumber rujukan: (nk finishkan dulu, baru letak link...)