Friday, February 1, 2013

saya masuk tv...tengok tau

Entahla...
xtau cmna nk mula
rasa kesian pown ada
rasa w.t.fuuuu pown ada

apa yg terlintas is...
s.e.p.a.t.u.t.n.y.a PROMOT KEBAIKAN PROGRAM TV yg anda jadi panelist o tetamu jemputan
its come first...!!!
baru org curios nk tengok kebaikan apa yg dimaksudkan
B.U.K.A.N promot diri masuk tv

mengkalu macam tu...
baik kau suruh pembuat2 tv letak muka kau
baru org tengok tiap2 hari

ok alkisahnya begini...
aku tengok artis2 popular salah satu kediaman pertama dalam semua ni asyik promot..."esok saya masuk tv, tengoklah"
tapi yg x boleh belah is at the end of the post "moga kita dapat kebaikan bersama"
promot diri at the beginning...annndddddd
promot kebaikan at the end
adoi la...(~sigh~)

tak pernah lagi aku jumpa ustaz ustazah motivator tetamu jemputan promot diri macam tu
paling koman teruk pown "esok saya akan jadi tetamu dlm program membincangkan...bla3...bla3...bla3...jangan lupa tengok"
nk kata teruk pown tak, sebab its sound like meng-convince utk kita tengok

cer anda bayangkan najib cakap mcm "mlm ni sy masuk tv, tengok la"
atau kak mah..."mlm ni sy masuk tv, tengok la"
u will know what this post mean

Wednesday, December 26, 2012

# adalah HashTag

Sori la...aku x minat ber-twitter
i want to control myself to post benda2 yg spatutnya ja

i know myself...
klu aku ada twitter dh lama aku luah perasaan aku kt situ
maki2, yg negatif2, semua keluaq
i dont want it happen
itu pown i can't control myself on fb
n u can see it on my fb wall right?
byk post yg syok sendiri
itu pown bnyk yg aku tapis

aku pernah baca kt blog say 0...ada satu post tu, abg say 0 pernah pesan kt dia control apa yg di-publish...sebab salah satu kesan nya its show our weaknesses (fark!!! aku fed-up cari link post tu). nk salahkan laman sosial x ble gak, coz baik buruk terletak pada diri kita sendiri...betol x?

isu kt fb tu aku stopkan, takut makin mudarat...
then klu sapa nk privatekan twitter itu hak hgpa
(xtuly mmg bagus pown hgpa privatekan...bukan sbb apa, kn sekarang ada post2 yg sentuh isu sensitif then dan disebarkan dan ianya jd mudarat)
...as conclusion aku respect sangat2 twitterian coz u guys better than me, n u guys know to control ur publishment...

klu sapa marah aku pasal isu twitter ni...never mind
itu hak hgpa...n aku maafkan hgpa,
sbb aku tau hgpa mmg xtau the real me



* adakah aku ada twitter? ngeh3~
* post ini boleh juga diputarbelit by penulis...ngeh3~

Wednesday, October 17, 2012

Muhasabah Cinta


Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku...

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini...





(mv ni nampak lg cool...compare dgn mv official dan mv time persembahan)

Sunday, August 5, 2012

Hikmah rukun solat

Sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.

1. Niat - memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul - Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram - Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur. ...

4. Fatihah - Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ - Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal - Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud - Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud - Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) - Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir - Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi - Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam - Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib - Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.



Wallahua'lam.
(sumber)

Friday, August 3, 2012

Golongan yg Mendapat Doa Malaikat

Percaya kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Berikut antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.


ANTARA ORANG YG MENDAPAT DOA MALAIKAT:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”


3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah
(tidak membiarkan kekosongan di dalam saf)

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”


5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”


6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”

Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”


9. Orang yang membelanjakan harta (infak)

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ “


10. Orang yang sedang makan sahur

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”


11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”



Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Wallahu’alam. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah.

(Sumber: tulahan.blogspot.com)

Saturday, July 28, 2012

Nak Wish Je...

she's asma-rian
she's sasband member
she's trombonist
she's drum major

she's also orchestra conductor
but i like to call her "lipas"
coz of her tux when she conduct the orchestrian
(but she call me "cicak"...cis3~)

dlm kwn2 kitorg yg plg rapat
dia selalu kena buli
xpecialy by atiq da bigboss
(hoho...seronok woo buli dia, ngeh3~)

after spm she futhered study at pasum
then um
and now she was placed at sarawak
(utg la...cik abg x perlu la ke smenanjung lepas ni)

i know dia x baca pown blog ni
coz dia x tau kewujudan blog ni
but this is special post for her
for my ex
for my friend
coz after this i can't to gatal2 kacao her dah...
(congratulation my dear)

wahai dr nur najua bt ahmad zuki
SELAMAT HARI LAHIR cek...
didoakan moga pjg umuq
dilimpahkan rezeki yg halal
berjaya dunia akhirat
good luck always n...

most importantly...FRIEND 4-EVA!!!