Saturday, July 28, 2012

Nak Wish Je...

she's asma-rian
she's sasband member
she's trombonist
she's drum major

she's also orchestra conductor
but i like to call her "lipas"
coz of her tux when she conduct the orchestrian
(but she call me "cicak"...cis3~)

dlm kwn2 kitorg yg plg rapat
dia selalu kena buli
xpecialy by atiq da bigboss
(hoho...seronok woo buli dia, ngeh3~)

after spm she futhered study at pasum
then um
and now she was placed at sarawak
(utg la...cik abg x perlu la ke smenanjung lepas ni)

i know dia x baca pown blog ni
coz dia x tau kewujudan blog ni
but this is special post for her
for my ex
for my friend
coz after this i can't to gatal2 kacao her dah...
(congratulation my dear)

wahai dr nur najua bt ahmad zuki
SELAMAT HARI LAHIR cek...
didoakan moga pjg umuq
dilimpahkan rezeki yg halal
berjaya dunia akhirat
good luck always n...

most importantly...FRIEND 4-EVA!!!

Monday, July 16, 2012

Kata Putus

hanya sehingga ketika itu
after that...show must go on
its just have two probablities
good n bad

Wednesday, July 11, 2012

Apa Itu Al-Quran...???

Al-Quran atau Quran (bahasa Arab: القرآن al-Qur'ān) ialah kitab suci bagi umat Islam. Menurut ajaran Islam, al-Quran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Perihal diturunkan Al-Quran mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.

Dalam salah satu ayat yang terdapat di dalam Al-Quran Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Adz-Dzikr (Al-Qur’an), dan Kamilah yang akan menjaganya". (Al-Hijr 15: 9)



LAFAZ AL-QURAN

Lafaz Al-Quran dari segi bahasa adalah bacaan atau himpunan huruf dan kalimah. Ini berdasarkan firman Allah:

Sesungguhnya Kamilah Yang Berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; (Surah Al-Qiyamah, 75: 17-18)

Manakala dari segi istilah pula, al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari Surah Al-Fatihah dan berakhir dengan Surah An-Naas.



NAMA-NAMA AL-QURAN

1. Al-Kitaab (اﻟﻛتاب) bermaksud sebuah kitab, berdasarkan firman Allah:

Alif, Laam, Miim. Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa; (Surah al-Baqarah 2:1-2)

2. Al-Furqaan (ﺍﻟﻔﺮﻗﺎﻥ) bermaksud pemisah hak dan batil, sebagaimana firman Allah:

Maha berkat Tuhan Yang menurunkan al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam. (Surah al-Furqaan 25:1)

3. Adz-Dzikr (اﻟذﻛﺮ) bermaksud peringatan, berdasarkan firman Allah:

Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya. (Surah al-Hijr 15:9)

4. At-Tanzil (ﺍﻟﺘﻨﺰﻳﻞ) bermaksud penurunan. Nama ini diambil sempena firman Allah:

Dan Sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah Yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. (Surah asy-Syuara 26:192)



SIFAT-SIFAT AL-QURAN

1. An-Nuur bermaksud cahaya yang menerangi kegelapan.
Al-Quran disifatkan sebagai nur (cahaya) kerana ia memberikan cahaya keimanan kepada orang yang berada di dalam kegelapan serta kekufuran. Selain itu, al-Quran juga menjadi cahaya yang menerangi jiwa orang yang selalu membacanya dan menghayati isi kandungannya. Firman Allah:

Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) Yang menerangi (segala apa jua Yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan Yang kekal di akhirat kelak). (Surah an-Nisaa' 4:174)

2. Al-Mubiin bermaksud menerangkan sesuatu.
Al-Quran disifatkan sebagai penerang kerana ia menghuraikan ajaran Islam kepada seluruh umat. Firman Allah:

Wahai ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) Dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) Yang telah kamu sembunyikan dari Kitab suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) Yang jelas nyata keterangannya. (Surah al-Maa'idah 5:15)

3. Al-Huda bermaksud petunjuk.
Al-Quran disifatkan sebagai petunjuk kerana ia menunjukkan jalan yang lurus kepada umat manusia. Firman Allah:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman. (Surah Yunus 10:57)

4. Ar-Rahmah bermaksud kerahmatan.
Allah menyifatkan al-Quran sebagai rahmat kerana ia membawa rahmat kepada orang Mukmin yang sentiasa membaca, mempelajari dan mengamalkan isi kandungannya. Firman Allah:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman. (Surah Yunus 10:57)





- sumber -                                                                     - pemanis mulut -

Sunday, July 8, 2012

Mimpi...Bicara Tuhan Penuh Misteri

hari tu...di sana
kali ni...macam tu plak
ke2-2nya berkesinambungan dgn baik

kesimpulannya...
NO MORE??? (dont think so...hmm)





tapi entah kenapa...
bagaikan kena do something
siyesly must do it
but still dont know what it is

namun yg pasti
hanya mampu mencari persoalan di balik persoalan

Monday, July 2, 2012

Teater MAKUM 2012...result: ukm no.2?

Bismillahir Rahmanir Rahim...

Allahumma solli'ala Muhammad S.A.W
Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillallah Allahuakbar



AsSalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh

1st of all, aku nk bg AMARAN KERAS...post ni myb akan sebabkan sesetengah pihak tersinggung, x puas hati, sakit hati kt aku, akan cakap aku ni bajet, atau apa2 ja...lantak ah. Yg penting aku mohon baca smpai habez, plez!!!

Lets get started...Tengok tajuk. Then tengok tarikh post ni, baru 2hb. Padahal result teater makum 8hb. Apatah lg ukm perform 7hb, sabtu. So agak kontroversi kan...???

Meh aku nk crita what is teater MAKUM dulu. Pasal what is MAKUM tu hgpa tengok sendiri ah kt sini. Then teater lak one of the pertandingan yg dianjurkan under MAKUM selain nasyid, tarian, boria, dsb. Details bout Teater MAKUM 2012 klik sini.

Base on list of participants, USM (uni. sains m'sia) dan UMS (uni. m'sia sabah) edisi kali ni x masuk. So top-4 of universities theater group x join. DIULANG...TOP-4!!! Maka (bg aku) berkuranglah sedikit seri Teater MAKUM kali ni.

So apa ketan dgn UKM dpt no. 2 lak? Xtuly UKM pown dlm top-4 tersebut, termasuk UM (uni. malaya). Aku bg contoh mcm ni la. Hari tu Theater ICAF UKM 2012 yg top2 yg join just kdo (dot). Coz top2 yg len like kbh (tekad), ktho (prasada), n kpz x join atas sebab2 yg x dpt dielakkan. So LOGICALLY klu diikutkan kdo mmg dpt laluan mudah la kan nk menang......Back to the basic, cmtu gak la sepatutnya laluan UKM kali ni sepatutnya mudah nk dpt naib johan.

Namun bg aku, disebabkan peluang dh di depan mata, n laluan nk bergelar johan JUST NEED to beat UM ...To be or not to be its depend on u. Sbenarnya satu je harapan aku, aku x nk ada cakap2 belakang kata "UKM dpt naib juara sbb xdak saingan dr USM dgn UMS".

Akhir sekali aku nk mintak maaf andai sapa2 terasa. Mula2 x nk post, tp sbenarnya aku dh terdengar cakap2 belakang itu. (Good Luck korg...aku sentiasa doakan yg terbaik. Bersama2 memajukan industri teater negara)



- Sekian -