Wednesday, March 23, 2011

Jom Muhasabah...

Analisa...analisa siapa kita?

Adakah mengucap kalimah syahadah, solat 5 waktu, puasa, zakat, pergi ke Mekah tunaikan Haji telah dikira muslim sejati?

Sedangkan sembahyang tiada kekhusyukan,
Puasa dikerja banyak kekurangan,
Keluarkan zakat kerana terpaksa,
Tunaikan haji utk pangkat dan nama...

Analisa...adakah Islam sempurna?



Kita mengaku adanya tuhan, tp larangan tetap dilakukan
Ada malaikat kiri dan kanan, tidak diendah akan kehadiran
Percaya Rasul dan para Nabi, sunnah mereka tidak diikuti
Quran dibaca tiada penghayatan, intipatinya tak diamalkan
Hidup akhirat engkau yakini, masih mengejar nikmat duniawi
Qada' dan Qadar telah ditentukan ditimpa musibah, hilang redha dan kesabaran

Analisa...adakah iman sempurna?



Makhluk termulia di mayapada (dunia)
kerana tinggi akhlak dan taqwa
Tp sekiranya ia tiada?
Renungkan diri cari jawapannya...

Analisa...setinggi manakah taqwa?
Analisa...semulia manakah kita?
Analisa...adakah kita hamba kepada-Nya?
Tanyalah diri kita...

No comments: