Friday, June 17, 2011

Syaitan Sementara

Buat apa jadi kuat kaya kalau aku lupa lalai segala,
Aku lebih suka sakit papa kedana,
Kurang2 aku beringat dunia ni sementara,
Tidak lagi aku leka dengan yang palsu sementara,

Aku tak tahu apa celaka jadi dekat aku,
Mungkin syaitan yang manjakan aku,
Sebab tu otakku membisu,
Hatiku yang asyik berlagu,

Aku manusia semua pun manusia,
Salah aku atau salah dia aku dah tak kira,
Aku nak jadi dewa dia nak jadi berkuasa,
Aku memang pelupa, kau juga terlupa,
Dunia dunia dunia,

Oh Tuhan kau Maha Kuasa,
Aku yang meminta aku jua yang membantahnya,
Aku leka dengan dunia, aku mahu jadi dewa jua,
Aku masih lupa,

Ku pohon lagi beriku petunjuk ilahi mengikut jalan yang diredhai,
Ku pohon lagi kebahgiaanku dengan berkatMu yang dicintai,
Ku pohon lagi kasih sayang ku sesama manusia diberkati,
Sesungguhnya Kau yang Maha Mengasihi,

Tiada apa yang dapat ku balas melainkan menjadi pengikutMu yang setia,
Tapi aku manusia, aku memang pelupa,
Aku pengkhianat aku jadi pengikut dunia,
Ku pohon lagi ampunkan segala dosa,

Aku mahu ke syurga,
Aku sentiasa berair mata kerna ku tahu aku binasa,
SeksaMu tak terkata luar biasa,
Aku takut api neraka,

Oh tuhan, ku mahu pinta syurga,
Berilah aku cahaya,
Sentiasa...



- Jay Hashin -
mencari ketenangan dalam keredhaan..

No comments: