Wednesday, June 1, 2011

Romantik kah?

Tersebut lah alkisah. Nama aku Ayu, aku ade balak. Nama balak aku Man.

Kami dah lama kenai. Dah lama saling sayang menyayang. Kalu lepak sama2 pon kadang2 dah naik bosan.

Tapi satu hari tu kami keluaq jalan2 macam besa. Tapi aku rasa lain macam sket si Man bawak aku pi kedai emas. Dia nak beli cincin hadiah untuk kakak dia katanya.

Lpas tu dia bawak pi kedai baju pengantin. Nak wusha2 baju utk kakak dia jugak katanya. Aku pon ikut ja laaa... Tapi si Man beriya tanya aku yang mana yang aku paling suka.

Lpas tu, kami pi kedai bunga. Man beli sejambak bunga ros merah. Pun untuk kakak dia katanya. Aku pon malas la nak tanye banyak2. Sama ja jawapan dia dari tadi.

Tak lama lpas beli bunga tuh, tiba2 Man berenti... Dia berdiri tegak mandang arah aku...Muka dia agak kemerahan panas kot.

Tapi dia senyum2... dan tunduk mandang kasut sendiri. Tiba2 dia ‘go down on one knee’. Maka secara automatik aku pon teringat laa lagu avril “i want to see you go down on one knee..marry me today… “

Man memanggil namaku.. “Ayu… ” sambil menghulurkan cincin dan bunga ros tadi. Aku terdiam. Aku terpaku di situ.

Perasaanku mula bergelora. Sudah terbayang pelamin indah tempat kami bersanding. Tiba2 terbayang keluarga dan anak2, tanggungjawab yang berat terhadap keluarga. Sudah bersediakah aku?

Tapi aku gembira dalam tak sedar. Airmataku mengalir perlahan di pipi. Man masih tunduk. Dia memanggil namaku lagi skali “Ayu… “

Dalam tangisan kegembiraan aku menoleh ke arah Man. Dan pada masa yang sama juga Man mendongak memandang ke arahku. Mata bertentang mata... Man bersuara…

“Laaaa..ni apsal nangis2 nih?? Tetibe je..gile ape?? Dah laaa orang panggil banyak kali tak jawab.. tolong laaa pegang bende2 ni jap..aku nak ikat tali kasut nih..cepat laaa..panas nih..ishhhh..susah btol orang sentimental nih… “

Dan aku pon meraung bagai nak gila malunya aku. Hampeh ko Man..bile nak masuk minang nih..??



(sumber: sila klik)

No comments: