Thursday, March 31, 2011

Kenapa Aku Stay kt KDO?

Mmg x dak reason lain...siyes!!! its only bout my family, D.O.T!!!

r u sure? YES!!!
1. baik aku dok USIN, kafe makanan murah dan bukak smpai 3 pg...kt kdo kafe makanan x berpatutan compare dgn usin dan amin
2. baik aku dok AMIN, nasyid depa perlukan pertolongan oleh org spt aku...nsyd kdo? aku rasa cm aku sorg ja excited, baik aku bergerak secara solo!!!
3. baik aku dok ZAABA dan BURHAN, aku ble join teater depa...peruntukan kewangan mudah dpt!!! kt kdo? wallahua'alam...
4. baik aku dok UO dan KAJAI, bnyk member aku dok sana...then aku nk tolong teater dan nasyid depa!!!
5. nk kata kemudahan kdo ok, kemudahan kolej lain lg better...!!!



mesti hgpa kata aku riyak kan? at least aku tau apa kebolehan aku yg ble aku sumbangkan kt kolej2 yg lebih memerlukan dan mghargai sumbangan penghuni depa...!!! siyes, its all bout D.O.T yg menyebabkan aku still WANT TO stay kt kdo...!!!

Wednesday, March 30, 2011

Minta Maaf Fifi...dan Kak Faezah

Tahun depan portfolio Kelab Teater, Kelab Tarian, Kelab Pantun, Kelab Band n so on yg bernaung bawah Kelab Kebudayaan dh XDAK. That means nk kembali pd zaman time aku 1st year. Katanya nk bg mudah pengurusan.

That means...lepas ni Jaksa pown xyah la ada protfolio spt Jaksa Kerohanian, Jaksa Kebudayaan, dan apa2 lg Jaksa la. Lg mudah, mudah gak tugas felo xperlu ada pantauan spesifik utk pantau portfolio jaksa tertentu (cth: felo A pantau jaksa kebudayaan)



p/s: lg 2 tahun bubar terus jaksa kebudayaan!!! 5 tahun kemudian terus x ada puskeb kt ukm pown xpe!!!...

Saturday, March 26, 2011

Want but Can't

Sori lah, aku dh cakap...aku dh x berkesempatan selepas ni

Wednesday, March 23, 2011

Jom Muhasabah...

Analisa...analisa siapa kita?

Adakah mengucap kalimah syahadah, solat 5 waktu, puasa, zakat, pergi ke Mekah tunaikan Haji telah dikira muslim sejati?

Sedangkan sembahyang tiada kekhusyukan,
Puasa dikerja banyak kekurangan,
Keluarkan zakat kerana terpaksa,
Tunaikan haji utk pangkat dan nama...

Analisa...adakah Islam sempurna?



Kita mengaku adanya tuhan, tp larangan tetap dilakukan
Ada malaikat kiri dan kanan, tidak diendah akan kehadiran
Percaya Rasul dan para Nabi, sunnah mereka tidak diikuti
Quran dibaca tiada penghayatan, intipatinya tak diamalkan
Hidup akhirat engkau yakini, masih mengejar nikmat duniawi
Qada' dan Qadar telah ditentukan ditimpa musibah, hilang redha dan kesabaran

Analisa...adakah iman sempurna?



Makhluk termulia di mayapada (dunia)
kerana tinggi akhlak dan taqwa
Tp sekiranya ia tiada?
Renungkan diri cari jawapannya...

Analisa...setinggi manakah taqwa?
Analisa...semulia manakah kita?
Analisa...adakah kita hamba kepada-Nya?
Tanyalah diri kita...

Tuesday, March 22, 2011

Hebat gak Yahudi!!!

Media yg juga salah satu elemen yg terkandung dlm rancangan Yahudi TELAH BERJAYA manupulate isu gempa bumi dan tsunami di jepun, isu peperangan di LIbya, serta politik dalam negara...tp xpernah dengar isu palestin

Saturday, March 19, 2011

Pabila Fakta Cuba Dimanipulasikan...

timbul berita kerajaan selangor defisit 7 juta...X NK PLAK CRITA KERAJAAN M'SIA DEFISIT BERBILION??? apa la media ni, nmpk sgt la hgpa ni...

Thursday, March 17, 2011

x tau tajuk kontroversi apa yg ble aku letak...!!!

Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Mengapa kita membaca Al-Quran? sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca. Ada seorang atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.

Pada suatu hari cucunya bertanya, "Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca, tapi saya tak faham pun. Dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?" Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, "Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air"

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. "Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang" dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, "saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya." dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya, "tengok Atuk, tak guna!". " Jadi anda fikir ianya tidak berguna?" Orang tua itu berkata, "tengok guni itu".

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.

"Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan" kita.


(sumber: klik)

Wednesday, March 16, 2011

Siapakah dia? ~jeng3~

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia mengucap "Inna lillahi wainna illaihi raji'un." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi, aku redha dengan ketentuan-Mu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT?
Orang yg kedekut ialah org yg mendapat ilmu yg bermanfaat tetapi tidak menyampaikan pula pada org lain...spt tidak membaca post ini tp tidak disampaikan kpd org lain



Sunday, March 13, 2011

FeNU 2011



AsSalamu'alaikum...

Apa ke benda alah FeNU nih? FeNU stand for Festival Nasyid Universiti. Nk tau lebeyh, just klik link ni. Penat2 dia taip, aku copy paste lak kan. Kesian lak...hahaha~

Aku p dgn ismeth dan zul. Ajak zul sbb dh xtau nk ajak sapa dah. Bwt kt Dewan Agong Tuanku Canselor. Sblowm ni bwt kt Dewan Seri Budiman. Dewan ni dewan baru weh!!! Besaq lg dr DeCTAR. Smpai pening kpala kami mencari tandas. Argh!!! Better hgpa p masuk dulu baru hgpa tau maksud aku...siyes weh

Yg join FeNU 2011 kali ni:
Uni. M'sia Sabah (Nur Salam)
Uni. Sains Islam M'sia (In Track See)
Uni. Pertahanan Nasional M'sia (In Voices)
UiTM Shah Alam - kump. baru aku xtau nama, bukan kump FeNU 2010
UiTM Perak - juga kump. baru aku xtau nama, juga bukan kump FeNU 2010
Uni. Putra M'sia (Nahwan Nur)
***nota kaki: UKM (Firasat Inzar) x join atas sbb2 tertentu***

Berikut senarai pemenang2:
Vokal - USIM
Persembahan - USIM
1. USIM
2. UPM
3. UPNM


Postmortem yg ble aku jadikan teladan (link ni x siap lg...hahaha)

Cmna nk habaq?

Hmmm...cmna nk habaq kt mak ek pasal tu? mak x tau lg...aku bukan nk salahkan abah mak, tp itulah hakikatnya...

Friday, March 11, 2011

Bila vs Apa

Aku rasa aku x mention pown "bila"
Tp aku just mention "apa"

Dan aku rasa hgpa ble tengok sendiri apa next xtvt aku
Hmm...biarlah

Ye...Aku Mmg x Matang

Ye...aku mmg x matang.
Klu aku matang dh lama aku fokus pd study aku
Klu aku matang dh lama aku berjimba dgn family kandung aku
Klu aku matang dh lama aku fokus pd impian aku

Sbb apa aku x matang?
Slepas ni aku berjauhan
Slepas ni aku dh xdak masa
Bunyik cliche kan?
Biarlah...aku x nk hurai panjang2

Dh org pggl aku panjang
Dan org x suka aku sbb panjang...

Aku bukan nk ubah objektif itu
Tp aku nk ubah cara kita untuk objektif itu
(Coz i see something)

Ye...Pemikiran kita mmg berbeza

Dia dan Dia

Dia...ingin aku memohon maaf. Kerna pernyataan aku membuatkan dia kini berasa x selesa. Itu semua atas kehendaknya. Juga atas sifat ingin tahunya. Telah aku beri peringatan. Kerna aku tahu dia akan terkejut dan sukar utk mempercayai apa yg bakal dia dengar ketika itu. Namun atas desakan, aku terpaksa...percayalah, ianya semata2 adalah perasaanku sahaja.

Dia pula...aku tau dia sedar akan bebanan yg ditanggungnya. Lantas dia menutup terus pintu hatinya...MUNGKIN. Renung matanya itulah yg memberi jawapan sedemikian kepadaku. Kenapa dia begitu? Plez...beri peluang kepada hati.

Ingin aku katakan. Aku bukanlah seorang yg gelojoh. Bukan juga seorang yg nk sesuatu mesti dapat gak walau apa cara. Aku bukan begitu. Soal hati bukan suatu perkara yg boleh dipandang mudah, bukan juga dipandang enteng. Jadi aku x mahu memaksa...Aku tahu dia lebih selesa begitu. Never mind...i give u time.

Biarlah mereka2 di luar sana berandaian demikian. Tp ku harap biarlah kita menyimpan seribu satu persoalan yg hanya kita sj yg mengetahuinya...biarpown kita ditakdirkan hanya sekadar teman di akhirnya.

Wednesday, March 9, 2011

Cinta & Perkahwinan...sebuah kisah

Suatu pagi yang dingin, seorang pelajar bertanya kpd seorang guru falsafahnya...

pelajar:
guru, apakah erti cinta...? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

lalu guru menjawab:
ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana. berjalanlah kamu, dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya:
mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab:
saya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab:
ye, itu lah cinta...

x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x

dihari lainnya pula...

pelajar:
apa itu perkahwinan...?

guru:
ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya:
mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab:
sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab:
itulah perkahwinan.......

x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x

Kesimpulannya...usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya. janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

Monday, March 7, 2011

Desus Hati (5)

I have only one heart and it's always and only for you

(16 jan, ahad, 134 ptg, yahoo msia pulse)

Friday, March 4, 2011

Ngee~

Lps ni x ble tulis jiwang2 lg dh kt sini...agagaga~