Sunday, October 31, 2010

Desus Hati

appreciate before you loss them

semakin jauh dan jauh
-----------------

Friday, October 29, 2010

Ramuan Pemabsuh Dosa & Penawar Hati

Hassan al-Basri r.a. berkata:
Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota Bashrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi.

Dia dikelilingi oleh laki-laki, perempuan dan anak-anak.

Di tangan mereka masing-masing terdapat gelas yang berisi air. Mereka meminta petua dan ubat untuk penyakitnya.

Kemudian, pemuda yang bersamaku maju ke depan tabib, lalu dia berkata:

"Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati? "

Kemudian, si tabib itu menjelaskan:



Ambillah sepuluh macam ramuan:

1.Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),
2.Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
3.Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,
4.Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
5.Masukkan dalam kuali taqwa,
6.Lalu tuangkanlah padanya air malu,
7.Didihkanlah dengan api mahabbah,
8.Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
9.Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,
10.Lalu minum dengan sudu pujian.

Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat."





Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawi
(sumber)

Tuesday, October 26, 2010

Jom Ber-FAKTA

1. satay + timun = cegah barah
Kalau makan satay, jangan lupa makan timun. Bukan nasik impit!!! Cause bekas2 hitam kesan pembakaran satay ada karbon. Karbon ni mendatangkan kesan karsinogen! (karsinogen = suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

2. Cara baru bunuh diri!!! (x perlu terjun bangunan bagai, makan panadol >8 bijik sehari, n so on...)
Jangan makan udang slepas mengambil pil vitamin-C ! Anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Shampoo dan Barah
Owh, aku x ada shampoo. Just ada olive oil utk rambut aku. Yeargh!!!! Sila tukar dgn kdr FTP (faster than posible) jika kandungan dlm shampoo anda SLS (rgkasan kpd Sodium Laureth Sulfate). Bahan ini akan sebabkan barah jgka panjang.

Senarai shampoo yang disahkan ada benda alah ni = VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo (terbaru keluaran body shop), Nature Force dan lain-lain lagi (balik check sendiri ah!!!). Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi SLS tunggal.

Meskipun persoalan dah dipanjangkan ke syarikat terlibat, dan jawapan mereka "Ya, mmg kami dh tau masalah ni. Tp kami x boleh nk bwt apa2. Kami perlukan bahan yg boleh keluarkan buih yg banyak". Owh Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak2) turut ada bahan yg sama untuk pghasilan buih. (Damn...maksudnya bukan stakat shampoo ja ah. Benda len yg keluarkan buih yg bnyk akan ada ah bahan ni!!!)


4. Anda yg suka makan mee segera (tak kiralah maggi,
koayteow dsb). Ye, anda!!!
Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak.

Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan.

Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.


5. Bawang Goreng segera???
Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.



p/s: Sebarkanlah maklumat ini kepada orang-orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi. Kalau tak percaya! boleh hubungi utk pengesahan kepada Penama ni..

Nor Hamizi Md. Amin
Penolong Pendaftar
Unit Perkhidmatan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia & Pentadbiran
Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia
11800 Minden, Pulau Pinang
Tel: 04-6532694

Monday, October 25, 2010

Past Year Question???

nak amik, x nak sudah...just klik

Saturday, October 23, 2010

Bayangan Hari Itu

Hari itu...
Kita kecewa
Kita bermasam muka
Bukan kerana apa
Tp kerana kita sendiri
Yg CAKAP X SERUPA BIKIN!!!

Cakap dgn penowh semangat
Yg berkobar2 ingin menewaskan mereka
Yg kita adalah juara...

Aku xkan tertipu...(gelak sinis)

Telah aku katakan
Jgn...jadi terbaik
usah ada perkataan ini dalam kamus hidup kita

tp CUBA...!!!
CUBA JADI TERBAIK

Andai kita JADI TERBAIK...
Sebenarnya kita tumpas
Bukan tumpas kerana mereka
Tp kita tumpas dgn permainan kita sendiri
Terjerat pada jerat sendiri...

Hari itu...
Mereka gembira
Mereka berbangga
Mereka puas
Bukan puas kerana kejayaan mereka
Tp puas kerana jatuhnya kita

Hari itu...
Apa yg kita cuba hindari
Juga apa yg kita takuti
Semuanya akan berlaku...

Dunia bukan dicipta hiasan semata2
Tp utk berfikir...
Dunia ini pentas lakonan semata2
Dan kita adalah pelakonnya
Jika kita bukan pelakon
KAU BOHONG!!!

Hari itu akan berubah...
Aku memang tahu
Kita mampu lakukannya
Tp...adakah kita sggup?
Kesanggupan itu sbenarnya terpancar pada perbuatan kita...

Monday, October 18, 2010

Denyut...Ini Bukan Teater

Petanda Anggota Badan Berdenyut-denyut

1. Seluruh badan : akan menyaksikan keindahan.

Bahagian Kepala
2. Kepala : akan mendapat anugerah raja.

3. Ubun-ubun : akan memperolehi pangkat.

4. Kening sebelah kanan : akan mendapat wang.

5. Kening sebelah kiri : akan gembira.

6. Pelipis sebelah kanan : akan mendapat wang.

7. Pelipis sebelah kiri : akan bertemu dengan kekasih hati.

8. Kelopak mata sebelah kanan atas : akan mendapat wang.

9. Kelopak mata sebelah kanan bawah : akan menderita kesusahan.

10. Kelopak mata sebelah kiri atas : akan memperoleh sesuatu yang baik.

11. Kelopak mata sebelah kiri bawah : akan menangis.

12. Kelopak air mata sebelah kanan : akan menangis.

13. Kelopak air mata sebelah kiri : bebas dari kesedihan yang mendalam.

14. Sudut mata kanan : akan melihat kekasih anda.

15. Sudut mata kiri : akan memderita kesusahan.

16. Biji mata sebelah kanan : akan menangisi orang mati.

17. Biji mata sebelah kiri : akan melihat orang yang datangnya dari jauh.

18. Pipi sebelah kanan : akan difitnah orang.

19. Pipi sebelah kiri : akan menderita sakit.

20. Hidung sebelah kanan : akan mendapat wang yang halal.

21. Hidung sebelah kiri : akan melihat kekasihnya.

22. Bibir sebelah kanan atas : akan memperoleh kejayaan.

23. Bibir sebelah kanan bawah : akan memperoleh kebahagiaan.

24. Bibir sebelah kiri atas : akan berunding dengan saudaranya.

25. Bibir sebelah kiri bawah : akan mendapat pekerjaan baik.

26. Tengah-tengah bibir atas : akan bertengkar.

27. Tengah-tengah bibir bawah : akan menikmati makanan yang lazat.

28. Telinga sebelah kanan : akan bertemu dengan sanak saudara.

29. Telinga sebelah kiri : akan mendapat upah yang baik.

30. Dagu sebelah kanan : akan dimuliakan orang agung.

31. Dagu sebelah kiri : akan bertemu dengan orang agung dan diberi pangkat.

32. Leher sebelah kanan : akan sakit keras.

33. Leher sebelah kiri : akan menderita sakit tetapi lekas sembuh.

34. Pundak sebelah kanan : sanak saudara akan sakit.

35. Pundak sebelah kiri : akan dimuliakan wanita.

36. Kedua-dua belah pundak : akan menderita sakit.


Bahagian Badan
37. Bahu sebelah kanan : akan bertengkar.

38. Bahu sebelah kiri : akan menderita sakit.

39. Belakang sebelah kanan : akan mendapat kunjungan orang yang meminta pinjaman wang.

40. Belakang, tengah-tengah : akan menderita sakit atau mendapat kesusahan.

41. Belakang sebelah kiri : akan memperoleh kebahagiaan.

42. Dada sebelah kanan : akan bertemu kekasihnya.

43. Dada sebelah kiri : akan bertemu wanita ayu.

44. Tengah-tengah dada : akan memperolehi kebahagiaan.

45. Buah dada sebelah kanan : akan mendapat wang.

46. Buah dada sebelah kiri : akan mendapat kunjungan orang yang berpangkat.

47. Perut sebelah kanan : akan memperolehi banyak rezeki.

48. Perut sebelah kiri : akan mendapat wang yang banyak.

49. Pusat : akan memperolehi anugerah dari Tuhan.

50. Lesung pipi sebelah kanan : akan memperolehi jodoh.

51. Lesung pipi sebelah kiri : akan mendapat anak.

52. Ulu hati : akan mendapat wang.


Bahagian Tangan
53. Tangan kanan atau kiri : akan mendapat wang.

54. Tapak tangan sebelah kanan : akan mendapat wang.

55. Tapak tangan sebelah kiri : akan memperoleh keuntungan hasil dari perniagaan.

56. Lengan sebelah kanan : akan mendapat rezeki.

57. Lengan sebelah kiri : akan mendapat wang.

58. Siku sebelah kanan : akan mengalami sesuatu yang tidak menyenangkan.

59. Siku sebelah kiri : akan mendapat wang.

60. Jari manis tangan sebelah kanan : akan mendapat wang.

61. Jari manis tangan sebelah kiri : akan mendapat jodoh.

62. Telunjuk tangan sebelah kanan : akan diangkat menjadi saudara oleh seseorang.

63. Telunjuk tangan sebelah kiri : akan diterima baik oleh orang.

64. Celah-celah jari tangan sebelah kanan : akan mendapat kegembiraan.

65. Celah-celah jari tangan sebelah kiri : akan dikasihi oleh orang agung.

66. Jari ibu sebelah kanan : akan mendapat jodoh yang baik.

67. Jari ibu sebelah kiri : akan mendapat jodoh.

68. Celah-celah jari telunjuk sebelah kanan : akan mengalami sesuatu yang memalukan.

69. Celah-celah jari tangan sebelah kanan : akan mendapat pekerjaan.

70. Jari tengah tangan kanan : akan menderita sakit.

71. Jari tengah tangan sebelah kiri : akan menderita susah.


Bahagian Pinggang dan ke bawah
72. Bawah rusuk (lambung) sebelah kanan : akan mendapat kesusahan.

73. Bawah rusuk (lambung) sebelah kiri : akan marah-marah.

74. Pinggang sebelah kanan : akan memperolehi sesuatu yang baik.

75. Pinggang sebelah kiri : akan mencintai orang.

76. Purus sebelah kanan : akan bersetubuh.

77. Purus sebelah kiri : akan diangkat menjadi penghulu.

78. Kemaluan sebelah kanan : akan kedatangan tamu.

79. Kemaluan sebelah kiri : akan mendapat rahmat Tuhan.

80. Bagi wanita, kemaluan sebelah kanan atau kiri : akan mendapat jodoh.


Hmm... itulah antara maksud disebalik anggota badan yang berdenyut-denyut tu... Walau bagaimana pun, anggaplah keterangan ini sekadar pengetahuan sahaja. Nak percaya sangat pun, kita tak tahu kesahihannya kan?
Ok... ini saja untuk entry kali ni...

ref: strange girl...mmg strange

Ini Gua Suka dan Suki

10 Perkataan Lazim Kaum Hawa
by admin on June 29, 2008

FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA
Ini bermakna “something” dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama ‘LIMA MINIT’ dan diakhiri dengan ‘FINE’.

PERGILAH!
(dengan kening terangkat) Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan ‘TAKDE APA-APA’ dan diakhiri dengan ‘FINE’. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna ‘mengalah’ atau ‘buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah’. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan ‘TAKDE APA-APA’, ‘FINE’ dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa ‘LIMA MINIT’ apabila dia dah sejuk.

MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. ‘MENGELUH YANG KUAT’ bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai ‘TAKDE APA-APA’.

MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. ‘MENGELUH YANG PERLAHAN’ membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan… dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki.

‘OKAY LAH’
bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. ‘OKAY LAH’ selalunya digunakan dengan ‘FINE’ bersama ‘Kening Yang Terangkat’.

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat ‘OKAY LAH’.

TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari ‘TERIMA KASIH’. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan ‘MENGELUH YANG KUAT’. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas ‘MENGELUH YANG KUAT’ kerana ini hanya akan membuat dia berkata ‘TAKDE APA-APA’.

~ Charlie St. Cloud ~


SIOWT, KENA TIPOOOO DGN TRAILER

Itu 1st word after aku tengok crita ni. Ntah napa aku malas sgt nk blogging skrg. Even nk review movie. Nk tau sinopsis ble klik cinema online.

My View
1. Suka dgn pengarah yg berjaya tipooo penonton
2. Kekuatan zac efron berlakon, xpecialy elemen halusinasi...
Siyes aku terfikir rupanya elemen halusinasi yg produksi dot yg aku join x capai pd tahap sepatowtnya.
3. Err...pa lg ek? bg aku, aku suka cerita ni...argh!!!

Awat ek?

Siyes aku xdak mood nk hupdate cerpen "3 Wanita Itu"
Xtuly plot mmg dh siap
But nk kena kembangkan lg
Yg tu ja da problem

Mintak maap kpd peminat2 crita tu
Erk~ ada ke?
hohoho~

~ Enthiran ~


Hmm...xtau cmna nk mula. 5hb. Selasa. Cm besa la alamanda. Siyesly niat nk tengok asam garam. Tp brapa kali ntah asyik xdak rezeki. Nk tengok crita len, masa tayangan jauh lg. Aku nmpak tayangan crita ni dlm masa trdekat time tu. Then aku igt plak review by cinema online ttg crita ni. Thats y la aku tengok gak. 1230 tgh hari. E15. rm8. spatowtnya rm11. coz 1st week release. Tp paham2 la. Aku pggemar student price di kala brmovie.

Sinopsis
klik jah kt link cinema online tuh. Malas nk edit translate bagai.

My View
1st crita hindustan. Erk. Ini crita tamil. Ah, x kesah la. Yg pntg 2 2 dr negara yg sama. 1st crita brkenaan sains dan teknologi kowt dr negara depa. Yg aku tengok la. Xpecialy robot. Prsoalan crita yg cuba diketangahkan lbh kurg cm i-Robot and Surrogates jah. But plot sriously different. Tp ada gak la sama beberapa part. Tp siyesly aku suka cara pengarah dia berfikir.

rating: tahap patowt p tengok kt wayang jah...

Tuesday, October 12, 2010

Jamban Kampowng...yeargh!!!

asSalamu'alaikum...

Haha..Apa yg hgpa PK bla aku letak tajuk spt di atas? Sma gak la bla aku letak nick aku utk FB, apa yg hgpa PK? Mst hgpa PK aku ni pengotoq kan? Tok sah dok tipoo la wei...mostly respons cm tu, ckp aku PENGOTOQ...Aku X KESAH POWN apa hgpa nk ckp, coz aku tau hgpa mmg xtau napa tetiba jah aku guna nama tu...

Jamban Kampowng...Mst trbayang jamban kt kampong. Besanya jamban kt kampong spesel skewt, coz jamban ni dok kt luaq rumah (bg sapa yg xtau la...ya la, dh kt kampung style jamban dok kt luaq rumah).

Namun jamban kampowng tu smkn dilupakan. Coz dh ada jamban baru, jamban dlm rumah...Xtuly sbb aku gak benda alah jamban baru tu. Time tu waktu cuti skolah. Time tu aku umur skola rendah la. Xtau darjah berapa. X ingat. Abah mak hantar aku dgn abg aku blk kampowng. Abah mak kerja kt KL. Depa mana da cuti.

Suatu mlm, xtau pkl brp aku terjaga. Tp kala dinihari gak la. Time smua org tido. Terjaga sbb nk buang air BESAQ...time tu jamban kampowng ja yg ada, maksudnya jamban kt luaq. Gelap x kesah sgt, coz just bukak lampu luaq rumah. Yg aku kesah, dh la kt blakang rumah hutan beb...So paham2 la kseraman tahap pa ntah. Gila kau nk kluaq rumah sorg2, di kala dinihari plak tuh. Dh la org kata kecik2 mudah sgt nmpak benda2 yg x spatowt nya nmpak...pergh!!! (ok, aku x nk sebowt benda nieyh).

So aku kejut la tok aku p teman. Tok aku tido dlm blk. Xtau pasai pa tiba2 mlm tu tido dlm bilik. Besanya tido luaq. Brkunci plak tuh bilik tu. Kejut tok aku sbb dh puas kejut abg aku, x bangun2. Kejut tok pown sama. Dh la dh x tahan. Argh!!!

Alkesahnya trpaksa la aku beranikan diri meredah keheningan malam semata2 nk melunaskan hukum alam. Siyes seram doh!!! Utk beranikan diri hgpa tau aku bwt pa? Nyanyi sorg2. Siyes. Nk bg hilang takowt punya pasai. Tp takowt gak.

Slepas kjadian tu, tok aku bwt jamban baru. Sbb dia ksian kt cucu dia kluaq buang air waktu mlm sorg2. Reason yg bg aku agak cliche. What eva pown, siyes bila aku pikir2 blk aku mmg patowt rindu dgn Jamban Kampowng tu.

Thursday, October 7, 2010

Manusia, Malaikat, & SETAN!!!

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplahhhh...ngantuk ni, awal lagi nie...zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah...
Malaikat - Wahai anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla...dah lapar ini!! mmm..sedapnyaaaa..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye??
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah... takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh? awal lagi? mmm.. suruh si X, punchkanlah

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa..... rilex lah, awal lagi nieii.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah
Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia. .
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha
Pengampun.. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda
hanya sekali....rugila... .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai
Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di
dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan
kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu.....





Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2

Tuesday, October 5, 2010

Peneman Sejati Kelak...

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil...

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.


“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.


x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x


Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad


Nabil menyelak Al-Quran mencari halaman Surah Ar Ra'd.

“Apa benda nih?” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!! ” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“ Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A ’ uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama Al-Qurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.


“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim ” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ ad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa ’ ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.


x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x


Hari semakin cepat berlalu..

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab Al-QUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa ’ ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.





Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'



Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ........kerana
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) brsabda:
'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'





p/s: aku jumpak benda alah ni kt note FB salah sorg member aku.

Monday, October 4, 2010

Damn ahh!!!

kalau sayang


sanggup atau tidak?

Saturday, October 2, 2010

~ Wall Street ~


asSalamu'alaikum...

Xtuly time aku post benda alah ni aku xble nk tido. Tido trlebeyh satu hari. Padan muka!!! Kang dh xtau nk bwt pa. Padan muka lg skali. Dh la lapa. Padan muka lg. Ditambah dgn demam. Padan muka. Ble kata time aku tulis ni mode padan muka utk aku...hergh!!!

Back to the topic. Aku pg tengok ini cerita 30 sept. Hari khamis. Dgn ismeth dan mimie. Ops!!! terhabaq la plak. Tengok kt alamanda. Tayangan pkl 215. Tp pa pown dan la nk makan dan zohor. Ok. Out of topic. Hmm...

Sinopsis
Mengisahkan sorg broker muda, Jake Moore (Shia LaBeouf - pernah brlakon watak utama filem Transformers) yg bkerja kt Wall Street, yakni salah sebuah bursa, terjerat dalam dendam peribadi atas kematian mentornya, dan hubungannya dengan Winnie Gekko (Carey Mulligan). Jake Moore ni cuba nk paham kebencian Winnie kt ayah dia sendiri, Gordon Gekko (Michael Douglas).

Gordon Gekko ni plak sorg broker Wall Street terkenal yg pernah dipenjarakan ats dakwaan terlibat dlm jenayah kolar putih. Namun, after dia keluar jail dia bwt hal blk. Tp hal dia tujuannya nk peringatkan masyarakat kt azab kewangan akan dtg, dan nk tau sapa yg brtggung jwb atas kmatian mentor peniaga muda.


My View
Its all about financial. And bnyk term2 financial yg digunakan. So nk paham tu myb amik masa la kt sapa2 yg xtau. Bg aku plot cqita ni agak complicated. You must focus to understand it. Bukan cm ismeth (dok bermanja dgn mimie) dgn wann, hohoho~.

I really2 like this film. Its not bout financial world. But its bout...nk tau pa tengok ah. Siyes berbaloi. Tp like i said la. You must focus.



*Rating: 9/10