Monday, January 24, 2011

Kenapa Yahudi Bijak???

asSalamu'alaikum...

Aku terbaca isu ni kt fb. Sgt menarik. Aku tau ada yg dah baca. Tp aku nk share gak benda alah ini. At least benda ni ble bukak minda kita sbg org islam khususnya. Aku edit2 skewt dr yg asal. Selamat membaca kpd yg blowm membaca khususnya, n open ur mind plez.

x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x

Tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, kejuruteraan, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?


1. persiapan awal melahirkan zuriat.

Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano. Si ibu dan bapa juga akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami tanpa merasa jemu membuat latihan metamatik sehingga melahirkan anak. Jika ditanya "Adakah ini untuk anak kamu?" Mereka menjawab, "Ya, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan. Saya sedang melatih otak beliau. Semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak"

Sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu. Dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang. Menurut mereka daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut mereka juga ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu2 yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.


2. kehidupan harian

Mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan. Menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo. Apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes. Ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Pemakanan anak2 tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Kanak2 Yahudi sungguh bijak dan rata2 mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris. Sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.


3. pelajaran

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. IQ mereka boleh dikatakan 6 tahun kehadapan!!! Ianya jauh berbeza. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Menurut mereka, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara.

Selanjutnya sekolah tinggi (menengah). Di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di tahun akhir di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.


4. Ibadah

Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan?


5. Perniagaan

Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. (Hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar sebab benda ni)

x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x

Kesimpulanya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa. Beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar bacaan ayat suci Al-Quran. Seterusnya ubahlah cara pemakanan dgn makan makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, (terutama susu, ikan, kekacang, buah2an dan sayur2an). Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, menembak, berlari dsb.


Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu gene bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Di Singapore, perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 ja (7 x rm4.00 = rm28.00!!! even 20 btg sekotak pown x mahal cmni kt msia). Dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ 0.70 sen (convert duit msia x smpai rm4...pergh, murah gila!!!) dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.


Adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari zaman Paraoh hingga ke Hitler? Ia bukan soal agama atau bangsa, tetapi ia adalah isu politik dan survival. Yg menjadi persoalan pokok, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak. Ini dapat dilihat sendiri oleh cucu penulis, setelah mengajar anak beliau melalui program yg telah dinyatakan di atas, cucu beliau pd umur 9 tahun dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! '.



(Penulis :- Dr. Stephen Carr Leon)
(Di alih bahasa oleh :- Adibah Mohd Noor,
Matriculation Lecturer, Department of Sciences,
UIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.)

x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x

Dalam Quran ada sebut, dalam hadis pown ada sebut;

UMAT ISLAM JAUH LEBIH BAIK DARI YAHUDI.

"kuntum khoira ummatin ukhrijat linnas".
Maksudnya, kamu adalah sebaik2 umat di kalangan manusia.



Tak payah pergi jauh2, remaja PALING bermasalah di negara kita, melakukan pelbagai jenayah, tak kira ragutnya.. rogolnya.. anak luar nikah, sumbang mahram.. dan sebagainya. Melopori semua ini adalah golongan mana?? dan mana puncanya??



dalam Quran sebut lagi;

"SOLAT ITU MENCEGAH PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR"

persoalannya, adakah kita solat?? dan kalau kita solat, sempurnakah solat kita? apakah tanda2 solat tidak diangkat?
apakah jenis makanan kita makan? apa jenis sunnah sudah kita amalkan? berapa ramai yang menghayati kisah nabi dan sahabat??



p/s: renungan bersama untuk membentuk generasi lebih baik.kita hanya menyampai.....(Bukan menyokong Hitler, tetapi hanya untuk membuka minda kita - Admin)

No comments: